Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Pengarah drama dedah perangai sebenar Lana Nordin, Rita Rudaini dan Rosnah

Pengarah drama dedah perangai sebenar Lana Nordin, Rita Rudaini dan Rosnah - Seorang pengarah drama tempatan dikenali Shahrulezad Mohameddin secara terbuka mendedahkan perangai sebenar tiga pelakon terkenal iaitu Lana Nordin, Rita Rudaini dan Rosnah Mat Aris ketika berada di lokasi penggambaran.

Pendedahan itu dibuat oleh pengarah itu menerusi akaun facebooknya baru-baru ini bagi menyatakan kekaguman beliau terhadap sikap sebenar ketiga-tiga pelakon terbabit.

Kepada peminat yang beranggapan bahawa Lana Nordin masih seperti dulu iaitu suka berpakaian seksi dan menjolok mata, apakata anda baca luahan Shahrulezad di bawah.


Gambar selfie Nabil dan Zira bersantai di Paris yang mengejutkan

Gambar selfie Nabil dan Zira bersantai di Paris yang mengejutkan - Dengan kesibukan Nabil Ahmad sebagai pelawak, pengacara dan pelakon di industri hiburan tempatan, dia dan isterinya Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub, 26, tidak ketinggalan meluangkan masa untuk bercuti di Paris, Perancis baru-baru ini.

Beberapa keping gambar pasangan sensasi ini bercuti di sana telah dikongsikan Nabil di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat. Jelas, Nabil dan Zira kelihatan seperti kembali ke alam remaja dek kerana aksi-aksi romantik mereka.


Gambar Zila Bakarin yang memukau di ABPBH 2013

Gambar Zila Bakarin yang memukau di ABPBH 2013 - Meskipun acara berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 telah melabuhkan tirainya dua hari lalu namun ia hangat diperkatakan sehingga kini dek kerana beberapa kejutan dan kontroversi yang berlaku.

Antaranya ialah tindakan Zed Zaidi mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz sebagai Bintang Paling Popular buat kali kedua menewaskan Zizan Razak dan juga fesyen-fesyen yang ditampilkan kalangan artis wanita di karpet merah.

Pelakon Zila Bakarin merupakan salah seorang artis yang begitu mencuri tumpuan di pentas ABPBH 2013 pada Sabtu lalu. Aktres berusia 39 tahun itu mempamerkan fesyen yang kelihatan superhot dan amat memukau penonton. Mari layan beberapa keping gambar beliau di bawah.







Corak Temple Run pada gaun ketat Emma Maembong undang tanda tanya

Corak Temple Run pada gaun ketat Emma Maembong undang tanda tanya - Penampilan Emma Maembong di Karpet Merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 antara yang menjadi perhatian peminat di laman sosial.

Walaupun tidak seksi dan biasa-biasa saja namun rekaan corak pada gaun ketat yang dipakai kekasih Zizan Razak itu seakan menyerupai Temple Run.

Adakah persamaan ini turut dipertikaikan peminat di laman-laman sosial? Rasanya, rekaan tersebut memang menarik dan nampak inovasi dan kreativiti pereka fesyen. Mencetak corak Temple Run pada gaun tersebut menyerlahkan keunikannya.


Fesyen belahan peha Raja Ilya di ABPBH 2013 antara paling seksi

Fesyen belahan peha Raja Ilya di ABPBH 2013 antara paling seksi - Setiap kali sesebuah acara berprestij berlangsung pasti ada acara karpet merah akan diadakan sebelumnya. Tidak terkecuali Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 yang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam dengan gilang-gemilang.

Penampilan setiap pastinya antara yang paling menjadi perhatian peminat di laman sosial. Kalau ada fesyen pakaian yang digayakan dirasakan terlalu terdedah, ia akan menjadi topik diperbincangkan peminat.

Dalam ABPBH 2013 kali ke-27, selain Zila Bakarin penampilan pelakon filem Appalam, Raja Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Raja Mohd, juga mencuri tumpuan apabila tampil dengan gaun ketat berwarna biru yang nipis dan mempunyai belahan pada bahagian peha.

Pada penulis, fesyen yang digayakan beliau memang amat sesuai dan menonjolkan kecantikan bentuk badannya. Jelas, aktres berusia 28 tahun itu telah membuat pilihan tepat walaupun agak terdedah di mata pemerhati hiburan.







Fesyen Felixia Yeap di ABPBH 2013 mengejutkan ramai artis seksi lain

Fesyen Felixia Yeap di ABPBH 2013 mengejutkan ramai artis seksi lain - Acara berprestij yang ditunggu-tunggu iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 telah berlangsung dengan jayanya malam tadi di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Menampilkan beberapa kejutan dalam keputusan senarai pemenang anugerah, acara karpet merah juga turut ada kejutannya tersendiri.

Antara yang paling menarik perhatian peminat ialah penampilan ekslusif bekas model seksi Malaysia, Felixia Yeap yang amat anggun dan menenggelamkan penampilan seksi artis-artis lain.

Felixia Yeap dengan bersahaja menggayakan tudung labuh dan baju kurung longgar yang cantik sehingga wanita berusia 27 tahun itu kelihatan seperti seorang muslimah. Menerusi laman sosial facebook, ramai peminat memuji beliau dan menyindir artis lain yang mengenakan pakaian agak terdedah.




Keputusan penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 dijadualkan berlangsung pada jam 9.00 malam, 24 Mei 2014 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia boleh disaksikan secara langsung menerusi saluran TV3.

Terdapat 15 kategori utama dan 7 kategori online yang dipertandingkan untuk malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013. Jangan terlupa untuk menonton rancangan berprestij yang julung-julung kali diadakan.


Keputusan penuh atau senarai pemenang ABPBH 2013 akan dikemaskini dari masa ke semasa di sini. Kunjungi kami untuk mendapatkan perkembangan terkini.

KATEGORI UTAMA :-
1. Artis Baru Lelaki Popular - Achey
2. Artis Komedi Wanita Popular - Jihan Raja Lawak
3. Artis Duo / Berkumpulan Popular - Stacy & Akim Ahmad
4. Pengacara TV Lelaki Popular - Datuk AC Mizal
5. Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
6. Pelakon TV Lelaki Popular - Shah Iskandar
7. Artis Baru Wanita Popular - Zara Zya
8. Pengacara TV Wanita Popular - Neelofa

5 Gambar basah Iqa Mentor di Parti Media Hiburan

Gambar basah Iqa Mentor di Parti Media Hiburan - Dah lama kita tidak mendengar cerita tentang bekas peserta program Mentor musim kelima, Iqa atau nama sebenarnya Nasratullah Binti Mohd Nor, 28.

Pada tahun 2011, nama penyanyi didikan Edry Abdul Halim ini pernah hangat diperkatakan di ruangan akhbar, laman sosial dan blog hiburan apabila beberapa keping gambarnya dalam keadaan basah ketika hadir ke Splash Part Media Hiburan tersebar.

Kontroversi itu secara tidak langsung telah menaikkan popularitinya di mata peminat sehingga semakin dikenali berbanding peserta-peserta program mentor lain. Bukan sahaja memiliki raut wajah seperti selebriti hollywood malah dianugerahkan bentuk badan yang cantik.







Punca sebenar Sharifah Shahirah kemalangan teruk di lokasi penggambaran

Punca sebenar Sharifah Shahirah kemalangan teruk di lokasi penggambaran - Pelakon dan pengacara komedi terkenal, Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 40, terlibat kemalangan di lokasi penggambaran baru-baru ini.

Kejadian tersebut menyebabkan Shira mengalami pendarahan di bahagian belakang kepala dan sakit-sakit badan. Beliau telah diberi cuti selama lima hari untuk berehat.

Menurut Harian Metro hari ini, kejadian kemalangan itu berpunca daripada reaksi terkejut kakak kepada pelakon kontroversi Sharifah Sakinah selepas melihat satu lembaga serba putih yang muncul secara tiba-tiba daripada belakang keretanya.

“Benda dah nak jadi, tak apalah. Yang penting, saya hanya mengalami cedera kecil di kepala dan sakit-sakit badan akibat terjatuh kerana ‘prank’ yang dibuat. Lainlah kalau cedera teruk, mungkin saya akan pertimbangkan tindakan lebih serius terhadap mereka. Lagipun, mereka (produksi) juga bertanggungjawab dan biayai bil perubatan saya.”

Lagi wanita bogel bersiar-siar di jalan Negeri Sembilan undang kontroversi

Lagi wanita bogel bersiar-siar di jalan Negeri Sembilan undang kontroversi - Minggu lepas kita pernah dikejutkan dengan keberanian seorang wanita tanpa seurat benang yang enggan dinamakan berkeliaran di Jalan Pondok Upeh, Balik Pulau, Pulau Pinang.

Tindakan berani itu mengejutkan seluruh warga Malaysia dan ada yang tertanya-tanya kenapa si wanita cantik sanggup berbuat demikian.

Terbaru, kes yang hampir sama dilaporkan blog mymediahubonline berlaku di sebuah jalan raya Negeri Sembilan sehingga mencetuskan kontroversi dan tanda tanya kepada orang ramai.

Menurut sumber, wanita bogel itu berusia dalam lingkungan 20-an dan didakwa mengambil dose syabu yang berlebihan dan menyebabkan beliau khayal teruk. Ketika itulah wanita terbabit bertindak menanggalkan kesemua pakaiannya.

Difahamkan juga, wanita berkenaan sudah berkahwin dan memiliki dua cahayamata. Suaminya pula tidak bekerja dan dikatakan merupakan seorang penagih dadah tegar yang kemudian melarikan diri.




Fesyen kimono nipis Nad Zainal yang mengejutkan

Fesyen kimono nipis Nad Zainal yang mengejutkan - Pelakon Nad Zainal sememangnya terkenal dengan sikap comelnya walau apapun mimik muka yang digayakan beliau. Samada marah, cedera, sedih, sayu atau gembira, bekas kekasih Azman Kombos itu tetap comel dan jelita.

Baru-baru ini, Nad Zainal telah berkongsi beberapa keping fotonya mengenakan pakaian kimono yang nipis. Penampilan beliau dengan pakaian itu amat mengejutkan dan terlalu menyerlah. Mari layan gambar-gambar beliau di bawah untuk korang membuat penilaian sendiri lebih lanjut.





Reaksi terkini Abby Abadi isu rumahtangga bergolak

Reaksi terkini Abby Abadi isu rumahtangga bergolak - Umum mengetahui, bekas pelakon terkenal Abby Abadi pernah memuatnaik status di laman Instagram yang seakan membayangkan perkahwinannya dengan suami, Farhan sedang bergolak.

Ramai peminat dan haters terkejut dengan khabar angin itu sebaik sahaja mula tersebar secara meluas di laman sosial, blog hiburan dan akhbar tempatan. Penulis juga tidak terkecuali untuk terperanjat dan tidak pernah menyangka mahligai perkahwinan yang dibina pada September tahun lalu kini bermasalah.

Abby Abadi yang dihubungi Harian Metro semalam bagaimanapun enggan memberikan ulasan lanjut berhubung statusnya minggu lalu. Bekas isteri Norman Hakim itu hanya memaklumkan bahawa kehidupan mereka baik-baik sahaja.

"Tak ada apa nak cakap buat masa ini. Minta maaf, buat masa ini, saya tak ada apa-apa nak kongsi dulu. Tunggu nanti apabila saya sedia dan kalau ada apa-apa perkembangan saya sendiri akan beritahu. Tak ada apa nak komen dulu. Cukuplah saya katakan, keh…

Status terbuka peminat buat Hanez Suraya dan Romie

Status terbuka peminat buat Hanez Suraya dan Romie - Susukan tindakan kurang bijak Hanez Suraya dan kekasihnya, Romie menfailkan saman terhadap MAS baru-baru ini, pelakon kontroversi kembali menjadi bahan lawak dan kritikan orang ramai di laman sosial.

Ramai menganggap Hanez Suraya tidak pandai malu dan lebih mementingkan diri sendiri daripada orang ramai. Benarkah? Antara kritikan dan teguran yang dilemparkan di facebook, terdapat satu status kelakar yang menarik minat penulis untuk dikongsikan bersama.

Identiti individu yang memuatnaik status itu tidak diketahui namun dia seakan cuba meluahkan perasaan janggal dan tidak puas hatinya dengan apa yang dilakukan bekas duta produk Aurawhite itu. Jom baca status itu di bawah.



Isu saman MAS, Hanez Suraya alami tekanan emosi mendalam

Isu saman MAS, Hanez Suraya alami tekanan emosi mendalam - Umum mengetahui, pelakon kontroversi, Hanez Suraya nekad menfailkan saman terhadap Malaysia Airlines System (MAS) kerana didakwa membocorkan butiran peribadi penerbangan mereka ke Siam, Thailand.

Menurut peguam kepada aktres jelita itu, saman berkenaan difailkan kerana tindakan MAS mendedahkan maklumat tiket peenrbangan dikatakan menyebabkan Hanez mengalami gangguan dan tekanan emosi yang mendalam.

"Akibat dari pendedahan itu, keratan tiket penerbangan berkenaan tersebar secara meluas di laman sosial, blog dan akhbar tempatan menyebabkan anak guam kami mengalami gangguan dan tekanan emosi dan melanggar Akta Data Peribadi (APDP) 2010."

Dalam tuntutan saman yang sudah difailkan semalam, pasangan kekasih itu menuntut ganti rugi berbentuk am, teladan dan teruk serta beberapa faedah dan kos daripada MAS.

"Saya berharap perkara sebegini tidak berlaku sehingga menyebabkan cemuhan diterima ekoran pendedahan yang dilakukan…

7 Fesyen jelita Erin Malek paling memikat hati

7 Fesyen jelita Erin Malek paling memikat hati - Penampilan Erin Malek yang begitu memukau ketika tayangan filem terbarunya berjudul Awak Nak Kahwin Dengan Saya? terbitan MIG membuatkan ramai peminat terpegun.

Dengan mengenakan gaun paras lutut berwarna biru, kecantikan bentuk badan pelakon muda yang sedang meningkat itu sangat terserlah. Mungkin sebab itu, Erin sering menjadi rebutan ramai jejaka di luar sana walaupun peluang itu semakin tertutup.

Menurut laporan akhbar Kosmo hari ini, Erin akan bertunang dengan kekasihnya yang dikenali empat bulan lalu pada bulan Jun ini. Bagaimanapun, tarikh majlis pertunangan itu berlangsung belum diputuskan dan akan diumumkan kemudian. Tahniah.

Jom layan tujuh keping gambar memukau Erin Malek ketika mengenakan gaun berwarna biru. Bentuk badannya yang cantik jelas menakjubkan, tak gitu? Jangan cemburu ye.








Gambar Taiyuddin Bakar selamat dinikahkan di Madinah

Gambar Taiyuddin Bakar selamat dinikahkan di Madinah - Alhamdulillah dan tahniah buat pelakon komedi terkenal, Taiyuddin Bakar yang selamat bergelar suami kepada gadis pilihan hatinya di Madinah semalam.

Taiyuddin atau nama sebenarnya Sallehuddin Abu Bakar, 31, berasal dari Muar, Johor dan banyak kali membintangi drama bersiri, filem dan teater. Antara drama yang pernah menaikkan namanya ialah Anak Pontianak (2007), Misteri Penarik Becha (2008) dan Apa Celop Toqq (2012).

Manakala untuk filem pula ialah Mukhsin (2006), Sini Ada Hantu, Libas (2011), Jangan Pandang Pandang, Mael Lambong (2012), Hantu Gangster dan Hantu Bonceng (2011).


Luahan sayu Dayana Lokman isu dimadukan Ashraf Muslim

Luahan sayu Dayana Lokman isu dimadukan Ashraf Muslim - Mungkin tidak ramai wanita bergelar isteri di luar sana yang mempunyai kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi penipuan apabila tanpa sebarang pengetahuan suami berkahwin secara senyap-senyap dengan wanita lain.

Namun itulah liku-liku hidup yang terpaksa dilalui Dayana Lokman, isteri pertama Ashraf Muslim. Penulis akui Dayana memang isteri yang terbaik dan berfikir secara rasional sebelum mengambil sebarang tindakan di luar dugaan.

Baru-baru ini, wanita bergelar doktor itu telah memuatnaik satu status terbaru di laman Instagram miliknya yang kedengaran sayu meminta peminat agar mendoakan dia dan madunya, Wan Sakinah boleh menjadi isteri-isteri yang solehah dan kekal bersatu.

Status Dayana itu membayangkan bahawa perkongsian hidup dengan Wan Sakinah semakin bahagia dari hari ke hari. Malah kehadiran bayi kecil bernama Sarah Ashraf yang baru berusia kira-kira dua bulan mengeratkan lagi hubungan dua wanita ini.

"Ya Allah..satuka…