Sebab sebenar Rozita Che Wan pakai baju dan gaun ketat ikut bentuk badan

Punca sebenar Rozita Che Wan pakai baju dan gaun ketat - Sememangnya penampilan Rozita Che Wan di mana-mana majlis sinonim dengan pakaian dan gaun yang ketat serta mengikut bentuk tubuh badannya.

Jarang sekali atau tidak pernah langsung kita lihat beliau mengenakan pakaian yang berbentuk jubah dan tidak ketat sejak bergelar artis.

Dengan usia pelakon dan pengacara itu yang sudah mencecah usia awal 40-an, penjagaan bentuk badannya sentiasa menjadi keutamaan. Ini ditambah pula dengan Cik Ta yang baru sahaja berkahwin dengan Zain Saidin, penampilannya dianggap sangat penting.

Bagaimanapun, mungkin kerana terlalu kerap mengenakan pakaian dan gaun yang ketat, Rozita tidak lari dari menerima kecaman dan kritikan peminat yang memintanya berubah dan belajar tampil kurang seksi.

Rozita Che Wan yang ditemui wartawan mStar online mempunyai jawapan dan penjelasan sendiri berhubung kecenderungannya memakai gaun ketat. Katanya, mengenakan pakaian ketat mengikut bentuk badan bukan sahaja dapat membantu dirinya mengesan tanda-tanda awal kegemukan malah dapat mendisiplinkan diri dalam aspek pengambilan kuantiti makanan.

"Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita."

"Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh."


6 Responses to "Sebab sebenar Rozita Che Wan pakai baju dan gaun ketat ikut bentuk badan"

  1. Pakailah ketat2 didunia,nanti diakhirat akan terima seksa yg seketat2nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. taik palat..
      Ikan yu dalam besen, dahla tuyuk, eksen..

      Padam
  2. Balasan
    1. jeles.. jgn2 engko yg gemuk.. yo mama so fat..

      Padam
  3. Gna sehelai dh la..kt umah..sminggu skali pkai.. Bla nk kluar rmh tkar blik yg sedang2.. Cadangan ja.. Tntu che ta nmpak lbih ayu

    BalasPadam
  4. che Ta selalu pikir dia akan gemuk. tapi pernah tak dia pikir ahzab kelak. hmm. artis sorang ni nak kejar apa pun tak tau la.

    BalasPadam

dzulCYBER