Scha & Awal menangis kerana usia bayi cecah 6 bulan

Scha & Awal menangis kerana usia bayi cecah 6 bulan - Pasangan selebriti paling romantis di Malaysia, Scha Alyahya dan Awal Ashaari dikatakan begitu teruja dengan kehadiran bayi pertama mereka sehingga mengalirkan air mata.

Suasana menyentuh itu diceritakan sendiri oleh Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Alyahya kepada Malaysian Digest pada ketika usia bayi berkenaan kini sudah mencecah 6 bulan.

"Saya ni tak reti nak bercakap dengan baby. Kalau kat rumah bila seorang diri pun saya malu nak bercakap dengan baby. Awal lah yang selalu bercakap. Contoh dia sapa, “Assalamualaikum, hari ni buat apa?”.

Dua tiga minggu lepas, baby bergerak dan saya pun panggil lah Awal. Dia terkejut sebab pergerakan baby dalam perut saya aktif sangat. Masa tu bila kami tengok sama-sama, mengalir juga lah air mata sebab moment tu sangat menyentuh hati kami."


Sementara itu, Scha memberitahu jantina anak dalam kandungannya masih tidak diketahui walaupun sudah menjalani dua kali imbasan.

"Sudah dua kali buat imbasan tapi buat masa ni doktor tak dapat sahkan lagi jantina anak kami. Saya tak kisah anak lelaki atau perempuan, asalkan cukup sifat dan sihat. Tapi saya tahu, Awal kalau boleh dia mahu anak lelaki."

Setakat ini, pasangan Scha Alyahya dan Awal Ashaari masih belum membuat persiapan penuh bagi menyambut kelahiran bayi sulung mereka sebaliknya, menurut Scha hanya Awal yang lebih teruja mahu membeli segala kelengkapan.

0 Response to "Scha & Awal menangis kerana usia bayi cecah 6 bulan"

Catat Ulasan

dzulCYBER