Respon Rosmah Mansor isu gambarnya jadi mayat ayam

Respon Rosmah Mansor isu gambarnya jadi mayat ayam - Sejak semalam, laman sosial gempar dengan penyebaran sekeping gambar mayat ayam yang disuntingkan dengan wajah isteri perdana menteri, DS Rosmah Mansor.

Gambar itu disebarkan oleh Syed Saifullah di akaun facebook miliknya sehingga menerima kecaman hebat dari pengguna-pengguna facebook lain malah turut dikongsikan oleh ramai blogger.

Rosmah yang dimaklumkan tentang perkara tersebut bertindak memberikan respon menerusi page Tun Dr Mahathir yang berbunyi berikut :-

"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya difahamkan ada poster di facebook yang disebarkan oleh adik Syed Saifullah berkaitan diri saya. Tiada kata yang dapat saya katakan selain mendoakan agar adik Syed Saifullah mendapat keberkatan dalam hidup, dipanjangkan usia, menjadi anak yang soleh dan menjadi insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara. Salam - DS Rosmah Mansor"

Nampaknya, Rosmah Mansor tidak begitu melayan tindakan remaja itu termasuk tidak berniat untuk mengambil tindakan saman atau membuat laporan polis. Terselamat Syed Saifullah untuk kali ini namun beliau pastinya terus dikritik orang ramai jika masih meneruskan perbuatan kurang bijak itu.

5 Responses to "Respon Rosmah Mansor isu gambarnya jadi mayat ayam"

  1. Saya sokong cara DS Rosmah mengomen tindakan Syed Saifullah tersebut. Moga Allah memberi rahmat pada hamba bernama Syed Saifullah ini.

    BalasPadam
  2. Xyh la na kutok org.. Kite ni bkn mulia pon..

    BalasPadam
  3. Kesian kat mak bapak budak ni dpt anak yg pendek akal...

    BalasPadam
  4. Bezakan cara pemikiran org berilmu dan beradap dgn org yg beremosi dan tidak bertamaddun.

    BalasPadam
  5. aku pon xsuka cara rosmah ni..tp xsemestinya nk kena buat gambar mcmtu..still ada rasa kemanusian dlm diri ni lg

    BalasPadam

dzulCYBER