Punca sebenar Norita Salamah hina polis trafik di facebook

Punca sebenar Norita Salamah hina polis trafik di facebook - Seorang wanita beranak satu berusia 28 tahun yang bertugas sebagai Pembantu Anti Dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Beaufort, Sabah, telah ditahan polis kerana memuatnaik status di laman facebook miliknya yang menghina anggota polis trafik.

Norita Salamah binti Zaman ditahan di pejabatnya yang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Urusetia Daerah Beaufort setelah seorang anggota polis trafik wanita membuat laporan polis baru-baru ini.

Menurut laporan sebuah blog, tindakan Norita menghina polis trafik di facebook berpunca daripada rasa tidak puas hatinya dengan saman yang dikeluarkan polis trafik atas kesalahan memotong melebihi had laju 90km/j yang ditetapkan di Jalan Bongawan.


Kata Norita, penetapan had laju 90km/j di jalan berkenaan yang mempunyai tiga lorong adalah tidak logik kerana had laju tersebut menyukarkan pemandu di lorong memotong untuk over-take kenderaan lain. Ekoran itu, gadis berkenaan bertindak memaki hamun polis trafik dengan kata-kata kesat di facebook pada 17 Mac lalu.

5 Responses to "Punca sebenar Norita Salamah hina polis trafik di facebook"

  1. Kawasan tu adalah kawasan kemalangan. Setiap bulan ada saja kematian di situ. Rasanya had laju yang ditetapkan adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian. Pengguna kenalah bersabar di jalanraya. Ingatlah pesanan kerajaan Pandu Cermat Jiwa Selamat.

    BalasPadam
  2. C kit masa lagi dia tu termasuk dlm senarai yg mati kat situ

    BalasPadam
  3. admin tlg delete ni post mengaibkan keluarga & jbtn awam

    BalasPadam
  4. admin tlg delete ni post mengaibkan keluarga penama & jbtn awam.lgpun setiap manusia lakukan kesalahan,cuma nmpk atau tidak shj.sama2 la ambl pengajaran

    BalasPadam

dzulCYBER