Punca sebenar Karpal Singh maut kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan

Punca sebenar Karpal Singh maut kemalangan - Kematian Karpal Singh, 74, dalam satu kemalangan maut awal pagi tadi mengejutkan ramai pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tiada siapa menyangka Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu yang sedang dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.



Difahamkan, kemalangan itu berpunca daripada kegagalan pemandu sebuah lori untuk memberikan sebarang isyarat sebelum menukar laluan. Ini menyebabkan kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal Singh hilang kawalan lalu melanggar lori berkenaan.

Selain Karpal Singh, pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez turut terkorban manakala anaknya, Ram Singh cedera parah.

5 Responses to "Punca sebenar Karpal Singh maut kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan"

  1. [Ini menyebabkan kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal Singh melanggar belakang lori berkenaan.]

    Melanggar belakang lori?? Tapi kenapa bahagian depan MPV mendiang tu tak remuk pun??
    Bahagian yg teruk hanya di sebelah kiri je..tu pun mungkin disebabkn kenderaan tu bergeser pd divider tengah highway..
    MPV langgar lori ke lori tu yg langgar MPV??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kereta yang langgar lori. Bahagian sisi yg terkopak tu masih melekat di sebelah kanan belakang lori. Saya melihat sendiri situasi di tempat kejadian ketika perjalanan pulang dari KLIA.

      Padam
  2. confirm laju...

    BalasPadam
  3. terkopak gitu memang konfom la laju giler pemandu die bawak.naik bukit pon bwak laju ka?

    BalasPadam

dzulCYBER