Punca sebenar bendera Israel dikibarkan di Tuaran, Sabah

Punca sebenar bendera Israel dikibarkan di Tuaran, Sabah - Pengibaran bendera Israel di Raintree Beach Resort, Tuaran, Sabah menggemparkan seluruh Malaysia sehingga dikecam hebat di laman-laman sosial, media dan blog-blog tempatan.

Ramai tidak berpuas hati dengan tindakan itu kerana ia dikatakan menyentuh sensitiviti umat Islam yang di Sabah. Ini berikutan tindakan tentera rejim zionis Israel menindas umat islam di Palestin. Selain itu, Malaysia juga tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel.

Pengibaran bendera itu berpunca daripada sebuah syarikat perfileman dari China yang sedang melakukan penggambaran filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) sejak seminggu lalu di resort berkenaan.


Untuk pengetahuan, filem berkenaan menceritakan berkenaan pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang bertanding.

Bagaimanapun, Pergerakan Pemuda Umno Tuaran telah pergi ke resort berkenaan untuk menyiasat apa yang berlaku dan meminta pihak pengurusan syarikat China itu untuk menurunkan bendera Israel.

0 Response to "Punca sebenar bendera Israel dikibarkan di Tuaran, Sabah"

Catat Ulasan

dzulCYBER