Punca sebenar 10 remaja hilang di bukit Broga

Punca sebenar 10 remaja hilang di bukit Broga - Semalam, sepuluh remaja termasuk enam pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Impian, Kajang yang dilaporkan hilang ketika menjalankan aktiviti riadah di Gunung Tok Wan, Bukit Broga, Semenyih, telah ditemui oleh pihak bomba.

Mereka ditemui dalam sebuah rumah kongsi milik penduduk Orang Asli Kechau Dalam kira-kira jam 10.30 pagi Ahad dalam keadaan keletihan dan mengalami kecederaan.


Menurut salah seorang mangsa, Mohd Zafran Mohd Azmir, 16, dia memberitahu mula mendaki gunung itu pada jam 3.30 pagi Sabtu namun tiba-tiba tersesat selepas gagal mengesan tanda arah menuju ketika tergesa-gesa menuju ke puncak bukit berkenaan.

"Kami mula panik dan mencari-cari jalan untuk keluar. Nasib kami baik kerana dalam kekalutan kami terjumpa empat orang abang (mangsa) yang lain yang turut tersesat semasa pendakian." 

"Sukar dibayangkan dengan kaki yang lenguh dan sejuk kami terpaksa gigihkan diri juga sehinggalah kami terjumpa sebuah rumah kongsi milik penduduk Orang Asli Kechau Dalam. Di situ kami merehatkan diri sebelum ditemui pihak bomba jam 10.30 pagi tadi."

5 Responses to "Punca sebenar 10 remaja hilang di bukit Broga"

  1. alhamdulillah, nasib baik selamat

    BalasPadam
  2. 3.30pg bertahajjud di rumah lebih baik dik...

    BalasPadam
  3. Kalau nasihat owg,kita kene amal kan dulu..

    BalasPadam
  4. "3.30pg bertahajjud di rumah lebih baik dik..." -yg komen ni kejenya beribadat sepanjang masa ke?...bukankah islam itu seiring antara rohani dan jasmani...panjat gunung ke bukit ke, klu dgn niat utk mengingati kebesaran yg esa, bukankah itu juga ibadat!?.. nasihat sempit...

    BalasPadam
  5. Ade hikmah disebalik ujian....Alhamdulillah

    BalasPadam

dzulCYBER