Punca penceraian Liza Abdullah dan Zolkefli Abdul Rahman


Punca penceraian Liza Abdullah dan Zolkefli Abdul Rahman - Umum mengetahui, popular era 80-an, Liza Abdullah telah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Zolkefli Abdul Rahman pada 24 Februari lalu.

Lafaz cerai itu dilakukan Liza Abdullah di hadapan Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur dan seterusnya mengakhiri tempoh 26 tahun pasangan ini melayari bahtera rumahtangga.

Di sebalik kes penceraian itu, tiada siapa tahu mengapa Liza mengambil keputusan menfailkan penceraian terhadap Zolkefli, seorang ahli perniagaan.

Bagaimanapun, baru-baru ini Kosmo! telah bersua muka dengan pelakon filem Ali Setan itu ketika menghadiri majlis resepsi perkahwinan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana di N'Dah Catering & Wedding Planner, Shah Alam.

Kosmo! segera menemubual Liza berhubung punca penceraiannya dengan bekas suami berlaku pada usia 50-an. Berikut ialah respon ringkas beliau kepada wartawan.

"Memang ada blog menulis dan ada sebahagian orang-orang yang komen dalam blog itu yang mereka dan menokok tambah cerita. Mereka cakap kenapa bercerai pada umur sekarang?

Saya ingin bertanya, adakah kehidupan manusia apabila umur mereka 60 atau 70 tahun tidak boleh bahagia?

Kehidupan dalam berkawan atau berumah tangga, kalau tidak ada kebahagiaan, tiada kesefahaman, jalan yang baik adalah berpisah. Itu sahaja yang saya boleh cakap."

2 Responses to "Punca penceraian Liza Abdullah dan Zolkefli Abdul Rahman"

  1. ape..ape.ape ni?????kate punca!!choiiiiii..pnt je bace....sokmo sgt tajok lr dr isi kandungan..mcm mane jd penulis niiii!

    BalasPadam
  2. Kan Liza dah cakap tu x de kesefahaman... tu kira punca la.

    BalasPadam

dzulCYBER