Misteri penyanyi Nouri Ramli bunuh suami sendiri

Misteri penyanyi Nouri Ramli bunuh suami sendiri - Berita kematian suami penyanyi era 90-an, Nouri Ramli pernah menggemparkan dunia hiburan tempatan tahun lepas apabila sebuah akhbar melaporkan wanita berusia 40 tahun itu telah memukul suaminya sehingga mati.

Kejadian ini dipercayai berlaku sekitar pukul 5 petang Selasa, 6 Mac 2013 apabila berlaku pertengkaran melibatkan mangsa dan isterinya berhubung perebutan anak perempuan mereka yang berusia setahun.

Dalam kejadian, Nouri, 40, dipercayai sengaja mengikat tangan dan kaki suaminya dengan bantuan dua anak saudaranya sebelum mangsa pengsan dalam sebuah bilik dan meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung kerana pergelutan dan kekasaran.


Menurut laporan akhbar tersebut, penyanyi wanita itu juga dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan mangsa sejak dua tahun lalu dan mereka juga sedang dalam proses perceraian.

Untuk pengetahuan, Nouri pernah popular dengan lagu Hadirmu Yang Terakhir dan turut memenangi anugerah Artis Baru Wanita Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 1999.

0 Response to "Misteri penyanyi Nouri Ramli bunuh suami sendiri"

Catat Ulasan

dzulCYBER