Luahan sedih Fizo Omar isu Mawar dikecam di laman sosial

Luahan sedih Fizo Omar isu Mawar dikecam di laman sosial - Sejak isu rampasan tudung fareeda tiruan dilaporkan dua hari lepas, isteri pelakon terkenal Fizo Omar, Mawar Abdul Karim merupakan antara individu yang paling banyak menerima kecaman peminat di laman sosial.

Menurut mereka, tindakan pihak fareeda dengan kerjasama daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas lebih seribu helai tudung tiruan yang dianggarkan bernilai RM77 ribu adalah tidak wajar dan menutup rezeki peniaga lain.

Menyedari terlalu banyak komen negatif yang dilemparkan peminat di fanpage facebook Mawar Fareeda, aktor itu menerusi fanpage facebook Fizo Omar telah memuatnaik satu kenyataan panjang lebar bagi menjawab segala tomahan dan kecaman mereka. Jom baca di bawah :-


"Salam dan selamat petang semua. Bila membaca komen2 dari anda semua berkaitan rampasan tudung ciplak atau tiruan oleh pihak FAREEDA..Nyata Jelita dan isteri saya Mawar Fareeda Fanpage baru2 ini..lalu tergerak hati saya untuk membalas komen2 yang positive dan juga negative dari anda semua.Sebelum itu saya rasa layak untuk saya bersuara selaku suami kepada Pengarah Urusan FAREEDA GLOBAL RESOURCES SDN BHD iaitu Mawar Abd Karim dan juga saya selaku Head Of Marketing n PR department of the company.Saya terima secara positive segala komen dan tomahan mahupun hinaan yang telah ditujukan buat isteri saya dan juga brand FAREEDA itu sendiri berkaitan RAMPASAN tudung tiruan, SIZE tudung, dan juga HARGA tudung di pasaran.

Cuba anda meletakkan diri anda sebagai peniaga dan juga pengasas terhadap rekaan dan juga Brand itu sendiri. Apabila usaha penat lelah anda bertahun-tahun, siang malam memikirkan idea creative untuk menghasilkan rekaan anda sendiri yang berkualiti dan telah banyak berkorban baik dari segi masa dan juga wang ringgit untuk terus berada dihadapan didalam industri tudung di malaysia. Dan tiba2 anda tahu ada sesetengah pihak yang kurang bertanggungjawab meniru atau menciplak idea anda begitu sahaja tanpa meminta izin dan mengaut keuntungan di atas sikap yang pada saya tidak bertanggungjawab itu. di mana sikap tersebut boleh merosak imej dan juga branding produk anda. 

BAGAIMANA perasaan anda dan tindakan anda?Sedangkan ada dikalangan mereka merupakan bukan warga negara malaysia dan bukan beragama islam,maksud saya kegiatan ini dibuat didalam negara dan juga luar negara.Sedangkan kesemua tudung FAREEDA di buat seratus peratus di malaysia dan kami telah berkongsi rezeki dengan memberi peluang pekerjaan kepada ribuan mereka yang mencari rezeki bersama FAREEDA. 

Berkaitan dengan HARGA tudung FAREEDA di pasaran. Sebenarnya harga dari butik kami tidak melebihi RM200 tetapi saya di fahamkan ada yg menjual sehinnga RM 200 lbh di butik mahupun online(reseller n dealer). saya tidak menyalahkan mereka kerana pengorbanan mereka utk mendapatkan tudung ekslusif dr FAREEDA bkn senang.mereka terpaksa beratur untuk mendapatkan angka giliran utk mendapatkan tudung tersebut malah ada yang sanggup bermalam di hadapan butik kami utk mendapatkan nombor giliran utk membeli tudung dan mereka menjualnya kepada pembeli terutamanya di online.secara positive nya apa saya nampak.pihak FAREEDA telah meyujudkan peluang perniagaan kepada mereka demi mencari rezeki. dan mereka mencari rezeki yang halal.

Dan untuk pengetahuan semua pihak FAREEDA telah membelanjakan hampir RM4 juta semenjak hujung tahun lepas demi mempromosikan tudung dan juga brand FAREEDA itu sendiri sehingga membuatkan FAREEDA menjadi tudung esklusif no1 di malaysia.Jadi harga yg diletakkan adalah berbaloi dgn apa yang kami belanjakan dari segi penjenamaan yang telah dilakukan oleh pihak FAREEDA. Harga tudung utk menutup aurat dijadikan isu,bagaimana pula yang sanggup berbelanja ribuan ringgit utk mendapatkan jenama beg atau kasut yang mahal yang berjenama besar terutamanya produk luar negara yang dibangga banggakan dan terang2 ia bukannya produk kita sesama islam yang tidak pernah menjadi isu kpd pembeli.

Berkaitan dengan SIZE tudung pula,ada yang mengatakan size tudung FAREEDA ini singkat dan tidak menepati syariat islam dlm menutup aurat.tetapi tidak perlu untuk menghina isteri saya sebagai pemilik dan juga model FAREEDA dan ada juga yang cuba menjatuhkan imej FAREEDA.Sebenarnya tudung FAREEDA mempunyai pelbagai SIZE mengikut kehendak dan permintaan para pelanggan. Cuma permintaan tinggi terhadap tudung seperti mana yang dipakai oleh Madam rose, isteri saya, jadi sebab itu lah ianya lebih komersial berbanding tudung2 yang labuh yang dikeluarkan oleh pihak FAREEDA. Jadi jikalau anda tidak pernah kenal secara mendalam dgn FAREEDA ini adalah tidak baik untuk terus menunding jari atau menyalahkan pihak FAREEDA. ANda boleh datang ke butik kami dan memilih sendiri jenis mana yang menepati citarasa anda dalam menutup aurat dan juga berfesyen.

Pada saya tindakan pihak FAREEDA dgn kerjasama KPDNKK merampas tudung tiruan itu adalah tindakan sewajarnya demi menyerdarkan pihak2 yang tidak bertanggung jawab dan tidak beretika dlm berniaga. Tidak ada sikit puan niat utk menutup rezki pihak lain seperti mana yang dikatakan oleh anda yang berkenaan.Saya rasa berbangga apabila melihat ramai umat islam kita berlumba2 berniaga dan menghasilkan pelbagai rekaan tudung demi menggalakan ramai lagi wanita islam di luar sana supaya menutup aurat dan bersaing secara sihat dalam berbisness dan juga mencari rezki yang halal.

Diharap coretan sya ini tidak mengguris hati dan perasaan sesiapa yang berkenaan dan saya minta maaf jikalau ada tersalah ckp ataupun jikalau ada kesilapan dr pihak FAREEDA itu sendiri.Sila hentikan KEYBOARD WARRIOR sesama sendiri yang tidak menguntungkan sesiapa pun malah boleh menunjukkan imej melayu kita dan keperibadiaan anda sendiri.lebih baik kita terus berfikiran positive dan menyokong kita sesama islam dan terus memajukan ekonomi negara kita.sekian terima kasih."

80 Responses to "Luahan sedih Fizo Omar isu Mawar dikecam di laman sosial"

  1. Secara hakikatnya masih ramai lg umat islam melayu yg tidak memahami syariat dlm tuntutan islam dan cara berbisnes yg sebenar.. Hanya org2 soleh yg beriman dan beramal dgn ilmu Allah sahaja akan mengetahui apa yg lebih baik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju. objektif berniaga. setengah orang fikir nk untung untung. setengah org bniaga fikir pasal kesamarataan y mampu milik oleh smue golongan.

      Padam
  2. Sy rasa lebih baik fizo omar lebih faham lg cara2 menutup aurat yg di tuntut dlm islam.. Utk menggalakkan org ramai menutup aurat bkn dgn memberi pilihan dgn pelbagai saiz.. Tdung yg singkat sah2 tidak mengikut syariat yg sbenar. Sedih bila umat islam yg masih jahil tentang

    agama.. Semoga Allah beri petunjuk dan hidayah kpd mereka dan memahami dgn lebih betul dlm suruhan Allah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. BETUL-BETUL...MENGAKU UMAT ISLAM TAPI PAKAIAN TIDAK MELAMBANGKAN CIRI2 ISLAM YG SEBENAR...JAHIL.. TUTUP KEPALA SUDAH DIKATAKAN TUTUP AURAT TP DADA TERDEDAH...PAKAI BAJU TUTUP SEMUA TP NAMPAK BENTUK BADAN... BILA DITEGUR DIKATANYA KEYBOARD WARRIOR DAN USTAZ/USTAZAH SEGERA...

      Padam
    2. Saya setuju ngan pendapat diatas...klau tgk dari pakaian Pn Mawar,lebih baik dilonggarkn sket seluar tu dn baju ,tudung dlabuhkan, hukum islam tu perlu dtitik beratkn dulu dari ko titikberatkan hukum dlm bisnes tu...

      Padam
  3. Harga fareeda x mampu di beli kebykkan org.tu yg ciplak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah lah mahal,singkat ya robbi...tak ada ciri2 utk menutup aurat..Kebanyakkan org msia ni jenis sederhana sahaja..berpatutan sikit lah nak menjual pon...dok rampas rezeki org pasai apa...rezeki masing2 kan...

      Padam
    2. kalau tak mampu tak payah beli. itu utk golongan yg mampu saja. berpada2 la bila nak bertudung asalkan ikut syariat. ni la jadi nya bila nak tutup aurat pun sibuk nak berfesyen2. bila tak mampu, gigih nak menciplak hak org.

      Padam
  4. Contoh terbaik dlm perniagaan. Nabi Muhammad SAW..tiada riba berlaku.

    BalasPadam
  5. usaha n gunakan kretiviti masingx.....jgn mrngambil kesempatan dlm kesempitan....

    BalasPadam
  6. Beg mahal2, kasut mahal2 tu bukan nya semua perempuan islam beli. Yg byk duit je beli, yg xde duit ni yg pertikai kan tudung fareeda tu mahal sbb kami pakai tudung. Mmg sentiasa cari tudung untuk tutup aurat. & sebab tu kami pertikai knp nk tutup auray, perlu keluar duit sampai 200??? Gile ke? Beg dgn kasut tu optional, kalo xde pun xpe. Ni tudung. Wajib. Faham x?? Heyy.. Ckp ngek kang marah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cik puan, klu tutup aurat je tp xjga mulut n hati sma jga. jgn nak tunjuk pndai plak eik, klu xmmpu beli tudung mahal pkai je tudung saji. ngok.

      Padam
    2. ye la..mcm mawar ckp kan...."Jika ingin berfesyen, tengoklah kemampuan diri" .... Fareedda ni utk org kaya jer...org xberapa nak kaya ni layak pakai tudung saji jer kan... xpe, aku nak tgk sejauh mana dia nak bongkak

      Padam
    3. Cik puan jgn jd bongok...apa kata cik puan bli je tudung kt pasar mlm..rm10 pun blh dpt...
      Buat apa nk pertikaikan diorg jual tudung mahal ke tudung tu senget ke..
      Diorg punye produk diorg punye sukalaa nk jualbrapa pun...

      Padam
    4. kebanyakan org yg condem tu org x pakai tudung Fareeda. rasenya bukan x suka...tp sbb mahal x mampu. kalu rase x mampu beli je la berapa yg mampu x yah la nak mgata bagai. saya rase kalau tudung tu tetiba dijual murah...berebut kot org yg condem tu nak beli walaupun singkat.

      Padam
    5. DAH XDE DUIT..XYAH LA NK PAKAI BRG2 YG MAHAL2..BELI YG MAMPU MILIK SUDAH..HAHAHAHA...NI X..ORG NK PKAI FAREEDA..DIE PUN NAK JGK..PASTU COMPLAINT MAHAL..TEPUK DADA TANYA SELERA..JGN NK TUDING JARI KAT ORG LAIN PULAK...KALO DAH KATA TUDUNG TU PENDEK..CARI LA TUDUNG2 MUSLIMAH YG PANJANG2..ADE JE JUAL..KECOH BETUL LA..OTAK & PEMIKIRAN TU XYAH LA KOLOT SGT..

      Padam
    6. Aku rasa makcik2 yg beli kat pasar malam tu tak tau pon tudung fareeda bagai ni seme. Depa berkenan dan murah, depa beli. takde kena mengena makcik ni tak mampu beli yg mahal, takyah beli. hahaha.. tu peniaga sama peniaga punya hal lah. Pengguna hak derang la since itu duit derang. *Aku yg mampu tapi tak pernah berminat dgn tudung fareeda. ngeh ngeh ngeh..

      Padam
  7. dh mahal sgt...org beli la yg tiruan...pastu bukan tiru tag Fareeda tu pun....elehh....

    BalasPadam
    Balasan
    1. da tahu mahal xyh la beli, dengki la 2 xdpt pkai tudung mahal! cet!!

      Padam
    2. tamak tak berkesudahan...ngan peniaga2 kecik pon ko takut....rezeki allah kat mane2 je la ...allah bg hirup udara free of charge, tak kire agama pon bole hirup udara...jd, tak perlu la dengki mendengki...dah kaya raya pon tak cukup lagi ke ni

      Padam
  8. maafkan saya jika tersalah, beg dan kasut mahal is optional to individual same goes to tudung yg mahal..its optional..i thinks they( FAREEDA) do the right thing since that design belongs to them. thats their right. if you think tahts their tudung is not follow the syariah compliance thus just dont buy it..we have a lot more tudung in the market. takings other right without their consent is totally wrong. what im trying to said is dont condemn FAREEDA.. thay just taking their right..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ala fizo yg lebih2 sebab emmm tumpang harta bini

      Padam
    2. setuju dgn pendapat Yuha Ismail. The company has their right! Its optional. So don't argue @ buy if you can't afford. You know their tudung does not follow syariah compliance. Stop buying & argue! simple as that. opps lupa plak, org2 malaysia mmg suka beli barang tiruan, tu yg berlambak barang gred AAA, AA, A & etc! Opppsss. better keep my mouth shut.

      Padam
    3. Orang atas ni mesti penjual tudung Fareeda...hahahaha

      Padam
    4. Ariani dulu mase top, ramai peniaga kluarkan tudung ala2 Ariani..xdelah plak tokey dia nk pi saman org..
      Puan Paridah jgnlah tamak sgt..ko jgn risau panatik ko tetap ade wlupun byk tudung ciplak ala2 paridah.

      klu nk saman p ler saman pegeluar tudung fareeda tiruan kt vietnam nun..
      buat apa nak rampas kt peniaga runcit kecil2an ...kesian kt derang...
      lagi satu fareeda ni berani ke nak saman ariani atau hajra . depa pun
      ada keluarkan design tudung mcm fareeda ni..

      Padam
    5. cakap melayu je la yuha islamil...iggelis kau berteraburrr...

      Padam
    6. he he he betul la tu yg baca sini pun majority melayu kann

      Padam
    7. Grammar terabur.!!! hahahha

      Padam
  9. Couldnt agree more yuha ismail. Tak suka, jgn pakai. Tak mampu, jgn beli. A lot more options out there, why limiting your choices and condemning people when you are the one who need to set rules for yourself?

    BalasPadam
    Balasan
    1. I dont get it? knp korang marah pembeli? aku tak rasa derang seme2 tu pun aware yg derang beli tu adalah replicate Fareeda. Yg majal tu yg meniaga/mengeluar.. pembeli depa beli ikot bajet derang je lah. Mcm beli KFC, tak mampu beli kat KFC.. depa beli la ayam goreng pasar malam.. kan kan kan...

      Padam
  10. Siapa yg tutup periuk nasi sape sebenarnya?? Kite ckp Mawar yg tutup periuk nasi org lain sbb jual ciplak. And if rmai yg beli ciplak? Kan tutup periuk nasi owner sendiri? Lebih baik Mawar design je untuk org ciplak jual. X perlu lagi cari material mahal or berkualiti. Biarkan mereka pertahankan brand mereka. Atas usaha mereka jatuh dan bangun. Harga mahal itu tgk material la. Korang akan rasa mcm ni bile korang yg keluarkan modal dan abis2 guna otak pk design. Bukan hanya tunggu design ape yg keluar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat.... kos yang dikeluarkan utk marketing + patetnt bukannya murah...yang menciplak tu yang membunuh bisnes Fareeda
      - Miss Siti

      Padam
    2. Isu tutup periuk nasik mawar tak relevant rasanya. Firstly, dia punya client mmg poket beso. Yg dok beli kat jln tar, kat pasar malam tu poket nipis. If tudung tu tak terjual kat pasar malam, derang beli gak pesen lain. Tak de nye de aku rasa derang nak gigih gak beli kat fareeda sedangkan mmg derang tak mampu. So takde isu tutup periuk nasik mawar disitu. yg tertutup periuk nasik cuma yg menciplak tu jer. Ko ingat minah2 pkai tudung seploh hengget tu akan beli tudung kak fareeda yg kat butik tu if imitate dia dah tak kuar dah? takde maknenye.. tudung seploh hengget gak derang carik, be it fareeda or faridah or jojoba.. kekekekeke.. kelakar tau korang. Bersungguh2...

      Padam
    3. Setuju ngan Maya...iolls x pernah pun beli TF ni...iolls x mampu....

      Padam
    4. klau keluar yg ciplak dgn harga murah pun,iolls tetap takkan beli sbb setakat tgk kwn pakai ni,iolls x pernah suka kat tudung yg bertingkek2 ngan brooch ala2 lampu ultraman....heheheee

      Padam
    5. hanya orang berbisnes je faham dan sokong fareeda ni.
      rakyat marhaen hanya tahu kondem je



      Padam
  11. Apa yg berlaku ada hikmahnya... Kalau x Allah x izinkan perkara itu berlaku... Mungkin lepas ni FEREDA akan buat tudung labuh dan menutup bhg dada...

    BalasPadam
  12. Semalam ade org cakap saya.....kita akan lebih kaya bila kite membuatkan org lain kaya....:) mungkin betol tindakan Mawar...tapi sebagai manusia, kite kene ade sifat belas kasihan...I am sure peminat Fareeda sndri dapat bezakan ori ke x dan akan setia dengan Fareeda yg ori....Kite akan lebih kaya bile kite buat org lain kaya....Kita akan lebih bahagia bile org lain pon bahagia..just my 2 sense

    BalasPadam
  13. Betul... Betul... Betul....

    BalasPadam
  14. Idea yg sgt sweet..

    BalasPadam
  15. Idea yg sgt sweet cik Nor Hidayah sesweet nama anda

    BalasPadam
  16. saya amat bersetuju tindakan skt saudara bersama KPDNKK. kegiatan menciplak/barang @ jenama tiruan memang tidak harus dibiarkan kerana mereka mengambil keuntungan dengan jalan mudah hasil keringat dan modal orang lain. Soal mahal atau murah .. itu bukan alasannya. sebagai pembeli kamu ada hak untuk membeli atau tidak, bukan dipaksa ... Kepada KPDNKK .. tambahkan usaha .. jangan tunggu aduan .. pasang penyiasat seluruh malaysia ...

    BalasPadam
  17. Sedih dengan kenyataan fizo "Saya rasa berbangga apabila melihat ramai umat islam kita berlumba2 berniaga dan menghasilkan pelbagai rekaan tudung demi menggalakan ramai lagi wanita islam di luar sana supaya menutup aurat" fesyen tudung sebeginikah yang dikatakan tutup aurat singkat mingkat. Sedih dengan orang Islam sekarang jahil bab menutup aurat...seolah mempersendakan agama sendiri...

    BalasPadam
  18. Kalau Fareeda sudah patenkan tudung itu, maka ianya menjadi hak Fareeda untuk menyaman orang-orang yang meniru. Perbuatan meniru sesuatu desain yang telah dipatenkan samalah seperti mencuri. Jadi, janganlah kita menyokong pencuri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak sokong pon, tapi takyah sampai menghina pembeli. Derang tu beli mana yg derang mampu ikot poket derang, mana yg derang berkenan.. be it ala fareeda ka, ala ariani ka.. alalalalalong kaa... culpritnya kat sini pengeluar. Bukan pembeli, i bet that before kes ni timbul ramai je makcik2 kakak2 kat ujung2 tu tatau pun siapa fareeda. Yg derang tau, derang bawak rm10 masuk pasar malam, nampak tudung layer kaler2 block berharga rm10 tergantung.. depa beli je laju2.

      Padam
    2. betul..sbb cantik...bertingkek2...makcik2 tu beli aje...org2 kg i rasa xdelah tau ap tu TF.. sbnrnye dripada beli dipasar mlm ni lah...org ramai rasa nak pakai yang original...sebb org kata klu barag ori mesti lagi cantik.....rugi betul TF buat cmni...org jd meluat...sedihnye...belum abis isu MH370..isu ni pula naik... -_-'

      Padam
  19. bila berniaga isu ciplak merupakan salah satu ujian. Tapi x perlu sampai nak mempertahankan sangat kreativiti dan susahnya nak rekacipta tudung fareeda tu. Tudung berlayer layer aje pun. dan kebanyakan tudung layer di pasaran pun tak ikut 100 peratus tudung fareeda ni.

    ini pilihan bagi pengguna. mereka x mampu beli tudung fareeda yg bertaus ratus tapi teringin pakai. kalau fareeda kreatif sangat buat satu rekabentuk lagi utk golongan kurg mampu ni bg elakkka mereka beli yg ciplak. Pasaran tak heran pun ko punya kreativiti. selagi ada permintaan, mereka akan supply ikut keperlu permintaan.

    Dan fizo.. tak perlulah nak menyalahkan sangat pihak lain. muhasabah diri dan lebih berbalik pada alquran dan sunnah. Berniaga ni pun ada adabnya. bila ditimpa musibah ni maknanya Allah bagi alert supaya ingat pada Dia bukan tuding jari sana sini. Wallahu alam

    BalasPadam
  20. Tak tau menahu ttg isu tudung fareeda sebab x pakai tudung mcm ni. tapi, memang salah pun kan kalau menciplak tudung tu tanpaizin dan jual?... lepas tu dah tau tudung tu pendek x menutup aurat kononnya, tapi pergi beli yg ciplak buat apa? sama je kan? harga je berbeza. Sebagai org yg mencipta design tuung tu mmg hak dia nak rampas atau saman. Kepada peniaga di luar sana, sebelum berniaga, apa kata baca dulu buku "Beginilah Rasulullah Berbisnes". RM28 sahaja tapi banyak ilmu perniagaan yang boleh di ikuti...

    BalasPadam
  21. bg pndpt akulah. mmg slh kite mniru design yg telah dipatenkan.. mksudnye d. dia da ade TM di situ.. jd bg pihak Fareeda mmg mereka berhak saman. sbnrnye banyak lgi barg2 lain yg kita sume tiru.. cuma kita sume nye x tahu je bende2 ni boleh kene saman ke x.. itu bg dlm paper la..

    tp bg ak,, ak x suke sgt design fareeda ni.. banyak sgt rambu2 nye. ak lebih suke chenta watie skaf nye design.. uhhuuh

    BalasPadam
  22. It's all about business and got almost nothing to do with menutup aurat.
    Kenyataan tentang menutup aurat tersebut hanya sebahagian daripada promosi dan strategi perniagaan

    BalasPadam
  23. Rasanya kes ni sama dgn Kes CD cetak rompak... X minta izin namanya rompak lah.. So siapa yg patut salah ya??

    BalasPadam
  24. Sbg pengasas fareeda..rasanya mereka telah melakukan tugas mereka dgn betul.. Siapa pun x sudi hasil usaha, penat lelah mereka d ciplak kan? Mereka berhak sebenarnya utk perjuangkan Kebenaran... Seperti apa yg Di perkatakan.. Rezeki allah ada di mana-mana.. Jd apa kata kita cari rezeki tanpa cetak rompak hak org... Kan lbh baik.. ;)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju ! cari rezeki tanpa cetak rompak hak orang lain...

      Padam
  25. Arap2 lelaki xkomen lbih2..:)..umm..smua btul!

    BalasPadam
  26. Ape kate Fareeda anggap jer tu rezeki masing2. Kalau niat diorang tak baik, mybe Allah akan tunjukkan. Kalau fareeda tulus dalam mencari rezeki, mybe fareeda kene terima semua dugaan ni. Jgn tamak, fareeda kan dah ade name. Ape nak takut. Dalam mse yg same fareeda kongsi jugak rezeki bersame. Ramai lg kat luar yg memerlukan. Apelah sgt untung peniaga luar sane nak dibandingkang dgn fareeda ni. Rezeki masing2 kan.

    BalasPadam
  27. Rsnya kebykan pemakai tudung fareeda ni lbh kpd berperangai riak dr menutup aurat.. sbb t sesetgh org pemakai kalau bergmbr msti nk ltk #fareeda. Mcm nk bgtau semua org dia pkai tdg fareeda.. sy tahu maybe sesetgh selesa dgn design atau material tdg tu tp x perlu la nk riak bgtau semua org yg dia pkai tdg fareeda.. kat sini dh double standard. Kalau pihak pengurusan fareeda lbh kpd usaha menggalakkan wanita bertdg dia knala lbh kreatif dgn menghasilkn tdg dr hrg cth rm50 ke.. sbb so far yg kita tahu mmg hrgnya xde bwh rm100 kot.. (saya bkn xmampu tp sy rs lbh baik duit saya tu sy beli tudung yg harganya masuk akal sket..)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong anda...riak dari menutup aurat...

      Padam
    2. makcik paridah dan family pon kalau di perhatikan ade unsur sombong dan bongkak dlm menjalankan perniagaan. iye betol tu hak dia, tapi ini pon hak kami nak bersuara menegur. xpayah nak sombong la makcik paridahhh... mati nanti guna kain kapan, bukan balut guna tudung tu..

      Padam
  28. Tudung fareeda yg bertingkat-tingkat macam langsir tu???? Cukup tak mina!!

    BalasPadam
  29. Tudung yg bertingkat-tingkat macam langsir tu? Cukup tak minat!

    BalasPadam
  30. Eh siapa yg mula2 cipta tudung express ek?? Kemain melambak lg tudung express skrg.. xnk ke pengasas tudung express buat mcm fareeda..??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak silap tudung ekspress ni dari indon kan...

      Padam
  31. bro, lu pakai spenda tu ori dr pencipta asal ker bro? bini lu pakai bra tu mmg dr pencipta asal ker bro? lu jual burger tu mmg tu idea lu ker?
    jangan bongkak sgt bro...
    jangan lupa diri bro...

    sudu garfu, selipar, berus gigi dan mcm2 lagi bentuk serupa tapi jenama jer lain2...

    lu takyah nak ckp halal haram kalau bini lu pakai baju pakai tudung tp terjojol buah dada dgn seluar sendat nampak bonjol bontot...
    jgn guna istilah agama utk buktikan lu orang tu buat benda halal bro.

    bini gua dulu pakai gak tudung lu ni tp gua tgk yg pendek, pendek sgt, yang labuh2 labuh sangat. so tak payah lu nak back up sgt keluarga mertua lu sbb lu baru masuk dalam keluarga tamak haloba dan angkuh tu..

    BalasPadam
  32. pakai tudung labuh didalam... pakai tudung fereeda diluar... apa susah...

    BalasPadam
  33. mmg la jenama kau n kau yg buat idea tu..tp tak perlula sampai kena ckp bsr..tapis skit bila bercakap dgn customer..

    BalasPadam
  34. Klau xnk kne ciplak..jual la Murah..mmpu org kbykkn nk bli..org kayo2 kt mlysia xde la rmai mne..xde rugi pn klau jual Murah..nnt brpusu2 org yg bpndapatan rndah nie p bli tdung..lg untung you..

    BalasPadam
  35. Hmmmm.... memang NONSENSE nak beli tudung dgn harga mahal cm fareeda..padahal cost berapa je, untung giler2..bukan xmampu tp mmg xnak membuang duit kpd benda yg xberbaloi dgn hrganya.

    BalasPadam
  36. FIZO cakap buat tudung ikut permintaan pelanggan, nak singkat atau labuh?
    nak tya, TaK Cukup Untung ke ALLAH bagi buat permintaan tudung Tutup Aurat mengikut Hukum Syarak?!
    Jgn smpi jatuh hukum subahat.

    BalasPadam
  37. tak payah beli ... harga bulih beli telekung 6 pasang.. hehehehe

    BalasPadam
  38. Isu nya disini org ciplak idea fareeda... Klau org lain ciplak idea korang pun, korang marah jugak kan..
    Lg pun x berkat meniaga sbb ciplak usaha org lain.. Klau da nama nya ciplak sy tgk tudung tu mmg sama dgn fareeda, PENDEK JUGA.HARGA JE MURAH. Tak menepati syariat jugak.

    BalasPadam
  39. Betoi tu fizo. Awak mmg cool... klu dah copy @cetak rompak wajar ambil tndkn mcm cd , filem dll. Harga mahal ? Ada lg yg lebih mhl dr keluarn sykt tu. Byk lg perkara sensitif ttg Islam yg blh dibincang sec positiv. Tak pyh gaduh2.

    BalasPadam
  40. Pd pendapat sy la kan..halalkan ajelah klo nk disaman tu org Islam awk pn da kaye pe slh ye Share..kite idop nie pn xlme..ntah suk luse pegi dunia nie pn cm da tnjuk byk sgt tanda2 kiamat..xke mnenye semua tu..sakit ht tu pn xkn ke mne..

    BalasPadam
  41. kenapa fizo tak guna nama sebenar comment kat sini... ke takut peminat tambah menyampah

    BalasPadam
  42. Tudung fareeda mmg berkualiti. Sepatutnya pihak fareeda perlu bertenang dalam tindakan.jngan takut orang coplak.sebab kualiti tak kan sama.bg y mampu n mementingkn kualiti, diorang tetap beli y fareefa.anggap saja idea itu sedekah.Insyaallah, Allah akan gantikan dengan rezki y melimpah.ambil pengajaran daripada isu ini. Skrg dah ramai y tak kecam fareeda... bermuhasabah lah.rampasan tudung tersebut agak tal wajar.. .kesian ...contohilah ariani dan pearlhaya.ada juga y tiru.tapi tak sampai diorang buat rampasan...fikir2 kan lah.bukan nak mengecam.tapi sekadar menasihati sj.saya pun beli y fareeda juga.tapi y lanuh laa..saya dapat nezakan kualitinya berbanding y biasa.

    BalasPadam
  43. Pembetulan.ciplak, bukan coplak, tak wajar, labuh, bukan lanuh, bezakan bukan nezakan, yang kecam, bukan tak kecam

    BalasPadam
  44. KalauTakMinatJanganKomen16 April 2014 2:56 PTG

    Assalamualaikum. Keterangan Fizo Omar ni dah betul. Orang yang tak berniaga takkan tahu, hanya tahu bercakap. Bagi yang tak ada idea berniaga pula, inilah yang berlaku, akan menciplak design orang lain. Apabila kita mengeluarkan modal, penjenamaan dan kain berkualiti tinggi, kita pasti marah orang cuba men 'down grade' kan produk tersebut. Setiap barang ada nilai eksklusif yang tersendiri. Pilihan di tangan anda, kalau mahukan yang low price, nyata anda tak perlu tudung jenama fareeda. pakai bawal sahaja rm5 pun boleh dapat, So tak salah yang Mawar cakap tu. Jadi kepada rakyat Malaysia, sila jangan sempitkan fikiran anda. Isu tudung singkat mahupun tidak mengikut syariat tidak timbul di sini ya tuan2 dan puan2, sebab Fizo dah cakap dah, tudung mereka datang dlm bentuk labuh juga. Anda yang tak mengkaji sebelum bercakap. Sekian.

    BalasPadam
  45. Ape lah korang ni. Itu hak dia lah nak jual ape pun. Tak salah pada aku jual tudung singkat ke ape. harga dia mahal ke ape.

    Aku nak tanye korang laaa eh. Pakai Seluar dalam, pakai seluar pendek, pakai baju jarang nampak aurat tu salah tak? Salah kan. So kau nak kata org yg jual seluar dalam ni semua tak tahu hukum agama ke? stupid lahh wei korang ni. Sama jgk macam pisau. pisau tu kalau digunakan utk potong daging, potong sayur, ianya jadi satu kegunaan yg baik. tapi kalau digunakan utk membunuh, itu dah kira berdosa. kau nak salah kan sape pulak utk kes ni? pencipta pisau? come on laaa Malaysian!

    Korang beli tudung singkat, FAREEDA ni tak de kena mengena pun dgn ape yg korang nak buat dgn tudung tu. korang nak pakai kat dlm rumah ke, nak pakai sekejap2 pi depan umah ke. itu cara korang laa. kalau dah pi jalan2, pakai tudung singkat, ramai org tengok smp jatuh hukum berdosa. sapaa suruh. sama mcm sluar dalam td. pakai kat dalam umah, tunjuk kat suami tak berdosa. tapi kalau dah pakai seluar dalam kat luar umah, tu kira berdosa n korang tanggung lerr sendiri. hangpa nak salahkan org yg jual seluar dalam tu ke? come on laa malaysian! ini semua hak masing2 utk tentukan nak buat ape dgn tudung tu.

    utk harga yg mahal pulak. itu pun jadi issue keee? kalau mampu beli. kalau tak mampu, hangpa beli yg murah2 punya laaa. ni lah dia org kita. gaji tiga ribu, nafsu nak pakai kereta mercedes bmw bagai. bila tak mampu nak beli, mcm2 lah cita kluar.

    Ayuhhh sahabat2 semua. jgn kita letakkan kepala otak kita ni kat bwh tempurung. pembuat seluar dalam, pembuat pisau, tidak berdosa. tapi si pengguna itu yg menentukan cara penggunaan yg betul atau tidak. Lepaih ni, kita pi salahkan org juai nasi lemak plak na. pasai depa kita jadi gemuk. Hahahahahaha. Kau yg makan tak ingat dunia smp gemuk. jgn nak salahkan mak cik juai nasi lemak pulak.

    Wasalam.

    BalasPadam

dzulCYBER