Luahan sayu DS Rosmah Mansor buat adik Syed Saifullah

Luahan sayu DS Rosmah Mansor buat adik Syed Saifullah - Kontroversi kenyataan kurang bijak dan gambar edit wajah DS Rosmah Mansor yang dipadankan dengan rangka haiwan menjadi punca pemilik akaun facebook Syed Saifullah ditahan polis semalam.

Syed Saifullah seorang lelaki berusia 25 tahun dan bekerja di sebuah kedai dobi telah ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira jam 12.05 tengah malam tadi. 

Beliau direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Di sebalik penahanan itu, Datin Seri Rosmah Mansor sempat membuat luahan sayu yang datang dari naluri seorang ibu dan ditujukan khas kepada Syed Saifullah. Kata isteri perdana menteri itu, dia sudah memaafkan perbuatan Syed dan berharap lelaki itu kembali ke pangkal jalan.

1 Response to "Luahan sayu DS Rosmah Mansor buat adik Syed Saifullah"

  1. MEMANG kurang ajar dan biadab. DS Rosmah tu seorang tua yang layak dipanggil emak oleh si Lahanat berkenaan. Walaupun tak suka, tak perlu kita tunjuk biadab. Saya memang tidak menggemari kisah DS Rosmah, apatah lagi dia adalah isteri kepada PM Malaysia yang paling saya tak sokong. Namun, sebagai seorang Melayu yang beradab dan manusia yang bertamadun, saya tidak sampai menghina Wanita No 1 Malaysia masa kini. Tak cukupkah kita bercerita buruk tentang DS Rosmah? Sangat melampau dan memalukan Negara Malaysia kanak2 yang berperangai macam SaiFool ni..

    BalasPadam

dzulCYBER