Kewangan punca sebenar Fiza Elita dan Adam AF bercerai?

Kewangan punca sebenar Fiza Elita dan Adam AF bercerai - Belum pun setahun mendirikan rumahtangga, hubungan suami isteri pasangan selebriti, Fiza Elita dan Adam AF sudah porak peranda. Ini berikutan tindakan Fiza hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam beberapa minggu lalu untuk menfailkan penceraian.

Sementara itu, sebuah akhbar tempatan mengesahkan permohonan cerai Fiza dan bakal didengar pada 28 April ini. Meskipun begitu, ada desas-desus mengatakan Fiza Elita dan Adam AF sudah berbaik semula beberapa hari lepas sekaligus membuatkan ramai peminat keliru dan bingung tanpa jawapan.

Hari ini pula, Utusan Malaysia telah berkongsi satu artikel yang mengatakan kewangan sebagai punca sebenar penceraian mereka berdua. Mengikut artikel tersebut, Adam didakwa sibuk berdakwah dan tidak begitu berminat untuk mencari nafkah dalam bidang nyanyian.

Susulan itu, Fiza dikatakan tertekan dan kemudian menfailkan penceraian. Betulkah dakwaan ini? Penulis harap ada penjelasan sebenar dari kedua-dua pihak agar peminat tidak terus keliru. Maklumlah, kisah peribadi selebriti itukan sering menjadi perhatian umum. Jadi, tak salah buat pengakuan yang jujur.



3 Responses to "Kewangan punca sebenar Fiza Elita dan Adam AF bercerai?"

  1. Berdakwah pun berdakwah juga tp keperluan untuk meneruskan hidup kgn di lupakan.

    BalasPadam
  2. Adam cuma Kurang Duit jer, bukannya Takder Duit.. Kalau Jenis Orang Tak Bersyukur dengan Rezeki Allah Memang Gituh la.. Takper ada Banyak Lagi Perempuan Kat Luar Sana Yang Tahu Bersyukur.. Wallahu Alam.

    BalasPadam
  3. janganlah lepas bercerai ni dah tertekan bukak tudung bukak kopiah balik pegi ronggeng mabuk carlsberg.

    BalasPadam

dzulCYBER