Kad kahwin Misha Omar dan Firos Ezzwan kini didedahkan

Kad kahwin Misha Omar dan Firos Ezzwan kini didedahkan - Pasangan sensasi Misha Omar dan juruterbang, Firos Ezzwan Rosly bakal melangsungkan majlis perkahwinan mereka pada 2 Mei ini.

Pemilihan tarikh tersebut dibuat penyanyi lagu Bunga-Bunga Cinta itu kerana ingin mendapatkan keberkatan bulan Rejab yang kebetulan jatuh pada bulan kelima dalam kalendar Masihi.

Semperna perkahwinan mereka yang semakin dekat, Misha Omar telah berkongsi sekeping gambar kad jemputan kahwin di laman Instagram miliknya. Nampak elegan dan sederhana.


1 Response to "Kad kahwin Misha Omar dan Firos Ezzwan kini didedahkan"

dzulCYBER