Gambar pra-perkahwinan Misha Omar dan Firos Ezzwan

Gambar pra-perkahwinan Misha Omar dan Firos Ezzwan - Bakal melangsungkan majlis pernikahan pada 2 Mei ini, pasangan sensasi Misha Omar dan Firos Ezzwan telah merakamkan koleksi foto pra-perkahwinan mereka dengan menggunakan khidmat jurugambar Joe Zakaria.

Kesemua foto perkahwinan itu dikongsikan oleh Misha Omar di akaun Instagram miliknya untuk tatapan peminat berkenaan detik-detik terindah sebelum bergelar suami isteri. Pasangan ini memilih kilang arang yang terletak di Taiping sebagai latarbelakang pra-perkahwinan mereka.

Untuk pengetahuan, majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan bagi pihak perempuan akan diadakan di Hotel Renaissanse Kota Bharu, manakala majlis resepsi untuk pengantin lelaki pula bakal berlangsung pada 12 Mei ini di Hotel Concorde Kuala Lumpur.

Mari layan enam keping gambar menarik dan santai pra-perkahwinan Misha Omar dan Firos Ezzwan. Memang sama cantik dan sama padan, dari pihak penulis mengucapkan tahniah buat penyatuan mereka tidak lama lagi.






1 Response to "Gambar pra-perkahwinan Misha Omar dan Firos Ezzwan"

  1. TAK FAHAM DENGAN MELAYU SEKARANG TERIKUT-IKUT BUDAYA BARAT, GAMBAR PRA PERKAHWINAN...BELUM KAWIN DAH PEGANG2, HARAM....

    BalasPadam

dzulCYBER