Gambar Kayda Aziz, anak perempuan Datuk Sheila Majid

Gambar Kayda Aziz, anak perempuan Datuk Sheila Majid - Mungkin tidak ramai yang mengenali anak perempuan penyanyi tersohor negara Datuk Sheila Majid iaitu Wan Nur Khaleda yang kini usianya sudah mencecah 22 tahun.

Pada pengamatan penulis, Wan Nur Khaleda atau lebih dikenali sebagai Kayda Aziz sangat sosial orangnya dan sering tampil dengan pakaian-pakaian yang agak seksi. Ini menyebabkan Sheila Majid sedikit dikritik peminat di laman sosial.

Bagaimanapun, Sheila yang ditemui dalam majlis sidang media Strepsils The Right Note di One World Hotel semalam mempunyai penjelasan sendiri berhubung perkara tersebut.

Menurut aktres kelahiran Singapura itu, dia menganggap apa yang sedang dilalui oleh Kayda Aziz adalah satu proses pendewasaan hidup untuk mematangkan diri.

"Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.

"Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.

"Saya pernah bagitahu wartawan sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.

"Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak peduli."


Apapun, mari skodeng beberapa keping gambar jelita Kayda Aziz yang mana raut wajahnya saling tidak tumpah macam Sheila Majid. Bak kata pepatah "ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi."





6 Responses to "Gambar Kayda Aziz, anak perempuan Datuk Sheila Majid"

  1. Admin pun x payah la nk dedahkan kehidupan peribadi depa...anak org yg bukan selebriti pun lebih seksi..kalau admin x post gambaq kehidupan peribadi selebriti..kami pun x tau depa anak sapa..x payah la nk tambah dosa kami...cuba post yg elok2..
    Buat tambah dosa mengumpat ja..esok nk mati..jenuh nk p cari depa nk mntk amnpun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu...penulis mcm ni la yg selalu jadi perosak bangsa dan agama...dia lupa KARMA TUHAN...hari ni dia aibkan anak orang lain...akan tiba masanya nanti...anak perempuan dia lak yg bakal diaibkan...tunggu aja laa saat dan ketikanya...cuba la tulis perkara2 yg bermanfaat yg boleh menjadi contoh utk orang lain...ada banyak lagi perkara yg baik2 kat dunia ni yg boleh ditulis...bertaubatlah admin...mohon keampunan dari tuhan kamu dan orang yg kamu aibkan...

      Padam
  2. mana yang seksi sangat tu. kalau setakat x pakai tudung belambak lagi rakyat di malaysia ni yang x pakai tudung. Kira ok lah penyelasan Shelia Majid tu. Ada nilai2 rasional.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak masukkan dlm post ni...

      Padam
  3. Klu ikutkn maknya lg seksi aku tgk..admin xde keje ek?klu xde keje g la mnebas kt tnh kubur....ada gak pekdah...

    BalasPadam

dzulCYBER