Gambar DS Wan Azizah dikafankan, PKR desak polis bertindak

Gambar DS Wan Azizah dikafankan, PKR desak polis bertindak - Sekeping foto yang menunjukkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dikafankan dengan kain putih dan didakwa sudah meninggal dunia telah tersebar di laman sosial facebook hari ini.

Individu yang menyebarkan gambar edit itu menggunakan akaun facebook Blue Wave Army dan turut menyertakan satu kenyataan kurang bijak berbaur penghinaan berbunyi :-

"Isteri ketua pembangkang Dato Seri Wan Azizah menghembuskan nafasnya yang terakhir tepat jam 7 petang tadi. Al-fatihah. Dengan ini, hilanglah lagi mujahidah bangsat dalam PR. Alhamdulillah. -Syasya-"

Jika sebelum ini, gambar wajah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pernah diedit dengan rangka-rangka haiwan dan disebarkan di laman sosial facebook, kini isteri ketua pembangkang pula jadi mangsa. Apa motif penyebar itu sebenarnya?

Penulis harap, pihak polis bertindak segera menangkap individu yang tidak bertanggungjawab ini seperti mana tindakan sama pernah dibuat ke atas individu yang menghina Rosmah Mansor.



0 Response to "Gambar DS Wan Azizah dikafankan, PKR desak polis bertindak"

Catat Ulasan

dzulCYBER