Fizo Omar dedah 4 sebab tudung Fareeda dijual mahal

Fizo Omar dedah 4 sebab tudung Fareeda dijual mahal - Pelakon terkenal, Fizo Omar akhirnya mendedahkan empat sebab utama kenapa tudung jenama Fareeda dijual mahal berbanding jenama-jenama tudung lain di Malaysia.

Pendedahan ini dibuat selepas terlalu ramai individu mengecam dan mengkritik harga mahal yang dikenakan ke atas tudung jenama Fareeda di laman sosial tanpa mengetahui lebih terperinci kelebihannya.

1. Stok terhad - Tudung-tudung yang dijual oleh Fareeda harganya tidak pernah lebih daripada RM200

"Tudung-tudung yang kami jual adalah tidak melebihi RM 200, setiap pelanggan pula hanya dibenarkan untuk membeli dua tudung sahaja. Bagi membeli tudung, pelanggan perlu beratur seawal 4.00 pagi bagi memndapatkan nombor giliran." – Fizo Omar

2. Kewujudan orang tengah dipanggil Reseller yang cenderung menjual semula tudung jenama Fareda pada harga tinggi mencecah RM300.

"Itu semua bukan salah pihak Fareeda jika mereka (pihak ketiga atau reseller) ingin menjual semula tudung tersebut dengan harga yang lebih tinggi.” – Fizo Omar

3. Tudung Fareeda adalah amat berkualiti tinggi dan ekslusif

"Fizo menyatakan dia sendiri kurang faham kerana ada segelintir pihak iri hati dan dengki kepada perniagaan yang dijalankan oleh Fareeda. Ujar Fizo, jika jenama luar negara, ada sesetengah pihak sanggup berbelanja lebih tetapi jika ada jenama dalam negara sendiri yang mementingkan kualiti dan eksklusif dijual dengan harga yang setimpal, tidak disokong." - Fizo Omar

4. Tudung jenama Fareeda lebih kepada wanita yang berkemampuan

“Tapi jika difahami dengan betul-betul, awal sampai akhir, dibaca berulang kali, pembaca sendiri akan faham apa yang dimaksudkan. Ada yang ingin memboikot pihak Fareeda kerana mereka hanya membaca kenyataan fesyen ikut kemampuan dan bukannya keseluruhan komen. Mungkin susunan ayat kurang betul jadi orang salah faham.” – Fizo Omar

Sumber : Berita-Harian


11 Responses to "Fizo Omar dedah 4 sebab tudung Fareeda dijual mahal"

  1. Bagi free pun x hengen!!!!

    BalasPadam
  2. Ada jenama LAIN lebih rm400, katanya kain dr itali. Sy tidak membelinya. Keputusan di tangan anda. Kalau rasa mahal jangan beli. Kalau suka dan mampu, beli. Apa yang susahnya?

    BalasPadam
  3. apa kecoh2....beli yg tutup aurat dah la..lebih duit sedekah kat yg memerlukan..takyah ;a dok gossip hal ni..takde pekdahnyer...
    apa pun org kata..org yg dikata tetap akan defence diri sendiri...so buang masa...
    btw..best sgt ker tudung tu? cam senteng jer..aurat tak ditutup sempurna..lagipun byk sgt ropolnya..makcik x minat..huhuhu...

    BalasPadam
  4. orang yang berkemampuan ni attitude dia mcm low class ja..snggu berhimpit2 ng lelaki terjerit2 semata-mata nak bli tdg x ckup kain..musykil

    BalasPadam
  5. orang yang berkemampuan ni attitude dia mcm low class ja..snggu berhimpit2 ng lelaki terjerit2 semata-mata nak bli tdg x ckup kain..musykil

    BalasPadam
  6. Bagus sebenarnya untuk meyokong usahawan melayu memajukan perniagaannya ke tahap yg lebih tinggi. Tapi cara pengurusan Fareeda amat lemah. Cuba buat kajian yang lebih bagaimana ingin menjaga kualiti sesuatu produk. Jangan terlalu exposekan diri. Lebih banyak buat penyelidikan dalam bidang marketing and managemnet. Yang paling utama cara untuk menarik lebih ramai pelanggan. Bagaimana nak buat pelanggan yang tidak suka menjadi suka kpd produk tersebut. Layanan mesra pelanggan amat penting. Staff or crew in Fareeda and the owner itself must be professional. Tengok cina berniaga, dia org tak expose and they very low profile, humble. Jadi, perbetulkan diri anda dahulu sebelum menidakkan atau mengiyakan orang lain. Your skills, reseach on marketing, atitude towards customer are too bad...learn to accept critism from others. Orang melayu boleh maju tapi kena ubah sikap...

    BalasPadam
  7. setakattudung tabarruj, langsung tak ikut syariah...

    BalasPadam
  8. exclusive sgt kn..masuk mesin rosak jgk..hrga 200? dgn kain x ckup..mmg x la nk beli..x kuasa nk brebut2

    BalasPadam
  9. Ekslusif mcm mne Kali pong...maaflh dehh...ambe x care nok beli....sugguh kabor...Lau sye jdi anok² hok mokcik² yg berebut at video tuhh....maluuuuu teramat Sgt ....tgok mok sye lagu tuhh...nasib baik mom sye hnye taste pmlm..itupon dh bersyukur alhamdulillah die...Lau sye beli Tuk die...hummm....#AlhamdulillahAllahBagiMakYgHidupSederhaneXPilihYgEksklusif2nieh 😄

    BalasPadam
  10. Ekslusif mcm mne Kali pong...maaflh dehh...ambe x care nok beli....sugguh kabor...Lau sye jdi anok² hok mokcik² yg berebut at video tuhh....maluuuuu teramat Sgt ....tgok mok sye lagu tuhh...nasib baik mom sye hnye taste pmlm..itupon dh bersyukur alhamdulillah die...Lau sye beli Tuk die...hummm....#AlhamdulillahAllahBagiMakYgHidupSederhaneXPilihYgEksklusif2nieh 😄

    BalasPadam
  11. Jenama2 'branded' luar negara memang mahal sbb berkualiti n eksklusif. Tp cnthnya pakaian. Semakin mahal semakin singkat aka kurg kain. Adakah tudung pun patut macamtu??
    Maaf sekadar nak tau

    BalasPadam

dzulCYBER