Fiza Elite padam semula gambar Adam AF di Instagram

Fiza Elite padam semula gambar Adam AF di Instagram - Kemelut rumahtangga pasangan selebriti Adam AF dan Fiza Elite antara gosip terkini yang sedang hangat diperkatakan di laman-laman sosial, akhbar-akhbar tempatan dan blog-blog hiburan.

Biarpun semalam mereka didakwa sudah berbaik-baik semula dan Fiza Elite telah memuatnaik sekeping foto bersama suaminya namun lain pula yang berlaku pagi tadi. Portal murai yang sempat menjenguk Instagram Fiza mendapati gambar tersebut sudah dipadam semula.

Ini membuatkan peminat dan portal murai merasa pelik dan tertanya-tanya tentang apa sebenarnya yang berlaku di antara mereka berdua. Yang lebih membuatkan portal murai hairan ialah gambar-gambar mereka sejak seminggu lalu turut sama dipadam.

Mungkin kita tidak tahu apa yang berlaku namun satu perkara yang kita boleh buat ialah mendoakan ruamhtangga mereka agar pulih semula dan berfikir panjang sebelum mengambil keputusan untuk bercerai.


0 Response to "Fiza Elite padam semula gambar Adam AF di Instagram"

Catat Ulasan

dzulCYBER