Fesyen hebat Juliana Evans di Fashion Show, Michigan USA

Fesyen hebat Juliana Evans di Fashion Show, Michigan USA - Sejak pelakon juga bekas kekasih Zizan Razak, Juliana Evans menyambung pengajian di luar negara, jarang sekali kita mendengar khabar tentang beliau.

Kali terakhir namanya menjadi bualan hangat peminat di laman-laman sosial dan blog-blog hiburan ialah ketika beliau dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan mengerikan pada Februari lalu.

Buat peminat yang terus tertunggu-tunggu perkembangan terbaru tentang pelakon ini, Juliana kini sedang giat melibatkan diri dalam pertunjukan fesyen di Michigan, USA yang berlangsung beberapa hari lepas.

Fesyen yang dikenakan Juliana begitu seksi sehingga membuat penulis terkejut dan tergamam seketika. Manakan tidak, meskipun hanya mengenakan gaun nipis paras lutut yang dipadankan dengan tudung stype datin, penampilan pelakon Hantu Bonceng itu amat memukau dan menakjubkan.

Apapun, penulis harap penampilan beliau ini tidak dikecam peminat kerana ianya sekadar pertunjukan fesyen sahaja dan yakin aktres berusia 24 tahun itu pandai menjaga diri. Mari layan empat keping foto fesyen seksi Juliana Evans.





1 Response to "Fesyen hebat Juliana Evans di Fashion Show, Michigan USA"

dzulCYBER