Erma Fatima jawab isu artis berkemban dalam drama Takhta

Erma Fatima jawab isu artis berkemban dalam drama Takhta - Beberapa hari lepas, empat keping gambar artis terkenal dalam keadaan berkemban mengundang kontroversi selepas dimuatnaik di laman Instagram milik Erma Fatima.

Ramai pengikut di laman sosial pengarah itu meninggalkan komen-komen negatif yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan cara pemakaian yang ditonjolkan Erma Fatima dalam drama barunya berjudul Takhta 3 Ratu.

Bagi menjawab tomahan dan kritikan yang dilemparkan, beliau telah memuatnaik sekeping gambar dua wanita dalam keadaan berkemban dalam filem era 60-an. Gambar tersebut disertakan dengan caption panjang lebar berbunyi berikut :-

"Bila MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata kata dgn siku. Soal hukum tdk ada sesiapa mampu mempertikaikanya.TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia. AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN ! Kalian BENAR kerana menjadi juri d bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian! Andai KEMBAN membawa ku ke neraka...aku redha...TAPI aku ada tugas yg besar yg harus ku laksanakan utk melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini. Bukan hanya utk agama tetapi juga utk bangsaku. Jadi kpd yg berniat utk mengutuk...silakan...ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke ats aku. TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tdk akn menghalalkan cara. Tp sejarah bkn sesuatu yg bole di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dr sy. Kpd yg sudi...jemput2lh menonton TAKHTA sy bila d tayangkan nanti. NAMUN jgn hanya d tonton KEMBANNYA...di lihat juga bgaimana kekuatan sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya demdiri.76."


5 Responses to "Erma Fatima jawab isu artis berkemban dalam drama Takhta"

  1. Bangang niat utk bangsa bagai tapi langgar hukum Allah halal ke? Tak perlu nak jadi ustaz ustazah semua tahu batas aurat. Niat tak halalkn cara beb

    BalasPadam
  2. erma fatima......buat citer zaman orang batu la.pkai kulit binatang jer.bleh kitorang tengok tetek bergayut.puihhhh. kalau dulu kehidupan zaman orang jahil ko nak buat citer gak ke?

    BalasPadam
  3. Nak buat filem, macam2 topik dan jalan cerita boleh diilhamkan yang tak melanggar peraturan Islam..punya banyak cerita, kisah zaman wanita berkemban yg nak dibuat! Kau Erma yg jahil ugama, turut seret wanita2 lain sekongkol dgn fahaman pelik ugama kau! Biasa lah, bila ditimpa musibah kesihatan atau dah tua, baru lah tersedu2 menangis minta ampun Tuhan. Filem2 Iran dan negara Arab yang lain disanjung oleh pengkritik filem tak ada adegan2 memalukan Islam. Komen balas erma ni tak boleh pakai langsung. Yang komen sokong tu 2x5, perempuan2 yg suka pakai ketat, minum dan boleh dibawak sana sini

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum ...tahniah erma... salah anda tiada besarnya.... sememang Melayu itu tidak tahu susur galur sendiri asal usul bangsa nya sendiri.. hanya tahu menghukum tanpa kaji selidik terlebih dahulu.(salah satu sebab Melaka jatuh di tangan peringgi). berlagak baik sedangkan diri mereka belum tentu baik... saya sokong niat saudari menerbitkan drama atau filem purbawara kerna masih ramai anak2 melayu yg buta dan buduh sejarah bangsa mereka.. jika di tanay apa itu Rentaka, Pemuras , dan banyak lagi .. pasti mereka sendiri tidak bisa menjawabnya.. orang berilmu menegur cara berilmu.. orang jahil menegur cara jahil..

    BalasPadam
  5. teguran utk kebaikan daripada org menggunakan perkataan yg kurang baik.. rasa mcm nak gelak ja... cermin diri dulu baru tegur org..

    BalasPadam

dzulCYBER