Dwayne Johnson maut terjatuh ketika penggambaran Fast & Furious 7?

Dwayne Johnson maut terjatuh ketika penggambaran Fast & Furious 7 - Sebuah fanpage facebook mendakwa pelakon dan penggusti terkenal, Dwayne Johnson meninggal dunia selepas terjatuh ketika penggambaran Fast & Furious 7 di New Zealand.

Bagaimanapun, dakwaan itu disahkan tidak benar dan satu penipuan dengan tujuan untuk mendapatkan trafik banyak ke satu website yang tidak diketahui nama dan isi kandungannya. Mari baca penafian penuh pemalsuan berita kematian The Rock yang dikongsikan oleh portal theepochtimes beberapa hari lepas.

Untuk info penting, jika newsfeed facebook anda menerima share sebuah video tentang kematian pelakon kacak ini, jangan buka dan share sama sekali kerana video tersebut akan memuat-turun dan menyebarkan virus malware atau software tidak berguna di akaun facebook anda.


0 Response to "Dwayne Johnson maut terjatuh ketika penggambaran Fast & Furious 7?"

Catat Ulasan

dzulCYBER