Dazrin yakin penipuan Fasha Sandha akan didedahkan

Dazrin yakin penipuan Fasha Sandha akan didedahkan - Umum mengetahui, Dazrin Kamarudin dan tunanganya, Amyra Rosli pernah ditegur Fasha Sandha kerana dikatakan sering datang lewat ke lokasi penggambaran drama.

Dazrin sudah memohon maaf kepada Fasha secara terbuka beberapa minggu lepas namun perang dinginnya dengan Fasha kembali dipanaskan dengan teguran yang dibuat isteri Jejai itu terhadap tunanganya pula.

Aktor itu yang kini sedang terlibat dalam fear factor selebriti malaysia musim kedua di Afrika, bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berhubung perkara tersebut kerana dia yakin kebenaran akan berpihak kepadanya suatu hari nanti.

"Apa sahaja isu di antara saya dan Fasha sebelum ini telah pun selesai dan tiada isu berbangkit mengenai perkara itu malah saya sudah memohon maaf atas kejadian tersebut. Biarlah apa pun yang hendak dia kata kerana itu haknya dan pada akhirnya orang akan tahu juga kebenarannya."

0 Response to "Dazrin yakin penipuan Fasha Sandha akan didedahkan"

Catat Ulasan

dzulCYBER