Biodata Ustaz Don Daniyal, pendakwah yang dikritik Wardina Safiyyah

Biodata Ustaz Don Daniyal, pendakwah yang dikritik Wardina - Pemilik nama Ustaz Don Daniyal ialah antara pendakwah bebas yang terkenal di Malaysia kerana kelainan cara penyampaian beliau ketika berceramah.

Pernah menuntut di Universiti Al Azhar, Kaherah, Mesir, Ustaz Don mula dikenali orang ramai ketika diberi peluang mengendalikan rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don di saluran TV AL-HIJRAH.

Antara karakter beliau yang turut menarik minat orang ramai dari pelbagai peringkat umur ialah kemesraannya bersama masyarakat selain seorang yang senang didekati, ramah dan tidak lokek dengan ilmu.


Berikut ialah ringkasan biodata Ustaz Don Daniyal yang pernah ditegur secara terbuka oleh Wardina Safiyyah baru-baru ini di laman Facebook :-

Nama : Don Daniyal Don Biyajid
Nama Panggilan : Ustaz Don
Tarikh lahir : 14 November 1984
Umur : 29 tahun
Agama : Islam
Tempat lahir : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi : 171 cm
Berat : 56 kg
Pekerjaan : Pensyarah muda dan pendakwah bebas bertauliah di Pulau Pinang dan Selangor
Status : Berkahwin
Pasangan : Husna Zahry Rafie (kahwin 2012–kini)
Pendidikan : Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir
Rancangan TV Ustaz Don : 30 Minit Bersama Ustaz Don (TV AL-HIJRAH)

8 Responses to "Biodata Ustaz Don Daniyal, pendakwah yang dikritik Wardina Safiyyah"

  1. Ilmu apa yang tinggi untuk dibanggakan yang ada pada Ustaz Don ini...atau untuk dihormati atau disegani...tak nampak apa-apa keistimewaan pun...cuma nasib dia terkenal kerna pada Akhir Zaman ini Umat Islam buta dalam celik...( Zaman Islam Jahilliyah )
    Maka itu tidaklah menghairankan hamba...cuma di hati tertanya-tanya...kenapalah begitu Jahil nya Umat Islam sekarang ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muhasabah diri penting saudara...melalui post saudara ni semacam ada penyakit hati...harus berhati2 agar kita tidak memandang hina sesama insan kerna itu adalah kesilapan yang dibuat oleh syaitan menyebabkan ia di murka Allah.

      Padam
  2. ilmu bkn utk dibanggakan tapi utk dikongsi. itulah yg ustaz don cuba buat. jgn berburuk sangka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul...orang yang nak membanggakan ilmu tu la sebenarnya yang jahil...

      Padam
    2. setuju..

      Padam
    3. Setuju dgn ibu prihatin. bersangka baiklah...

      Padam
  3. Saya setuju. Orgnya biasa aje. Merendah during, tak sombong

    BalasPadam
  4. islam menyuruh umatnya bersatu dan penyampaian ustaz don juga kearah penyatuan umat islam bukan ke arah perpecahan.boleh menegur tapi biar cara yang berhemah kerana kita bersaudara

    BalasPadam

dzulCYBER