Ayah Emma Maembong pasang SPY siasat Zizan Razak

Ayah Emma Maembong pasang SPY siasat Zizan Razak - Sebelum ini, Emma Maembong pernah mengaku kekasihnya, Zizan Razak ialah lelaki pertama yang dibawa pulang ke rumah untuk berjumpa dengan bapanya.

Perkara tersebut membuatkan ayah Emma sedikit terkejut sehingga secara senyap-senyap telah memasang SPY untuk menyiasat latarbelakang Zizan Razak.

"Kalau nak tahu, Zizan lelaki pertama yang saya bawak jumpa ayah. Mula-mula ayah tak kenal siapa Zizan, saya cuma cakap Zizan orang Terengganu."

"Tapi ayah pelik bila ramai orang nak tangkap gambar dengan Zizan waktu kami keluar makan. Dari situ, ayah pasang spy, tanya kawan-kawan dia pasal Zizan dan barulah dia tahu anak dia ni bercinta dengan artis."


Ditanya tentang komen-komen sesetengah peminat yang tidak gemar melihat pasangan ini berkongsi gambar di Instagram hingga ada yang menuduh sengaja menunjuk-nunjuk, Emma menjelaskan dirinya hanyalah manusia biasa yang mahu berkongsi memori dengan kekasih hati.

"Kalau di luar set, saya adalah manusia biasa. Saya sama macam perempuan lain yang nak kongsi gambar ketika keluar dengan boyfriend dan sebagainya. Saya rasa tu tak salah. Tapi saya mintak maaf kalau ada yang tak suka."

0 Response to "Ayah Emma Maembong pasang SPY siasat Zizan Razak"

Catat Ulasan

dzulCYBER