Amir Raja Lawak dan kekasih bakal berkahwin di Amerika?

Amir Raja Lawak dan kekasih bakal berkahwin di Amerika - Gosip mengenai Amir Raja Lawak bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi mula kedengaran apabila pelakon itu memuatnaik foto-foto kenangan bersama bakal isterinya ketika hadir ke Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di Putrajaya, baru-baru ini di laman Instagram.

Rata-rata peminat yang melihat wajah kekasih baru Amir menghamburkan pujian melambung kepadanya kerana memilih seorang gadis yang sopan, manis dan bertudung. Untuk itu, beliau meminta orang ramai agar mendoakan kesejahteraan hubungan mereka berdua hingga ke alam perkahwinan.

Di laman cari.com.my pula, seorang penggiat forum turut berkongsi artikel mengenai gosip ini dengan mendakwa Amir Raja Lawak dan kekasih bakal berkahwin di Amerika. Benarkah dakwaan individu tersebut?

0 Response to "Amir Raja Lawak dan kekasih bakal berkahwin di Amerika?"

Catat Ulasan

dzulCYBER