"AIRASIA punca ayah saya (Ustaz Haron Din) masuk IJN!" - Dr Huda Haron

Luahan marah Dr Huda Haron kepada AirAsia isu Ustaz Haron Din masuk IJN - Anak perempuan kepada Ustaz Haron Din, Dr Huda Haron mendedahkan cas tersembunyi RM60 untuk khidmat kerusi roda yang dikenakan penerbangan AirAsia sebagai punca ayahnya masuk hospital baru-baru ini.

Menurut pemilik facebook Huda Haron itu, tagline "Now Everyone Can Fly" milik AirAsia pada hakikatnya hanya salah satu cara untuk mengaburi mata orang ramai. Katanya, di sebalik tambang murah yang dikenakan AirAsia wujud banyak bayaran tersembunyi yang tidak ramai orang tahun.

Mari baca luahan marah Dr Huda Haron buat AirAsia yang dikatakannya sebagai punca Ustaz Haron Din masuk (Institusi Jantung Negara ( IJN) di bawah :-


5 Responses to ""AIRASIA punca ayah saya (Ustaz Haron Din) masuk IJN!" - Dr Huda Haron"

  1. Kalau Ustaz Haron Din baca statement ini , bagaimana agaknya reaksi dari beliau diatas statement tak cerdik dari anak seorang tokoh agama yang amat saya segani. Bukankah Sakit merupakan penghapus dosa. Dimanakah keimanan anda .............................. Dari Anas ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” [Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308]

    Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

    Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud) Tidak dinafikan ada hidden cost - AirAsia tapi itu dulu...selepas kes airasia berkaitan ......Australia, airasia sudah menghapuskan segala kekeliriuan itu (hidden Cost). Masalah yang anda hadapi tu disebabkan anda tidak baca term and condition dengan teliti..(nama je Dr.) Memalukan disebabkan kos kerusi roda RM60 nak heboh sekampung. Biasalah bila kapalterbang tambang murah, mestilah syarat2 lebih ketat. Sebelum wujud Airasia jangan harap nak dapat tambang murah kerana penerbangan dimonopoli oleh MAS. Jadi dengan adanya airasia secara tak langsung, MAS terpaksa menurunkan tambang supaya dapat terus bersaing dan secara tak langsung menguntungkan kita semua....SYABAS AIRASIA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ayah saya, saya pun akan rasa kecewa dan marah juga..manusia bukan maasum...sebelum kita mengharapkan orang lain sempurna, kita tanya pada diri kita dahulu, muhasabah..adakah kita sempurna? just imagine, kalaulah mak dan ayah kta yang sakitku yang sakit dan dipaksa berjalan jauh (saya lalui ketika balik dari kucing, Air Asia dock bukan main jauh, nak menangis jalan sebab saya sakit lutut) adakah kita akan rasa biasa? suka? gembira? kecewa? sedih?.. saya faham dan percaya anak TOKOH AGAMA ini meluahkan perasaannya dari sudut manusia biasa dan seorang anak kerana dia bukannya Isteri Nabi...Wallahualam

      Padam
    2. Bukan niat dr ini untuk meyalahkan takdir. Cuma untuk membetulkan keadaan company yang tidak bertanggungjawab. Jangan kita mudah melatah. Kalau situasi ini terkena batang hidung kita sendiri, agaknya apalah tindakan kita. Membetulkan keadan untuk menaikkan taraf perkhidmatan bukankah salah satu cara untuk menolong orang yang tidak berdaya? Fikir fikirkanlah

      Padam
  2. Sayang anak kepada ayah....jika jadi kat family kita amacam???

    http://www.rbfonline.net/2014/04/klia2-air-asia-cuba-tutup-pekung-mereka.html?m=1

    BalasPadam
  3. setuju.management air asia sdiri kelam kabut.pengalaman sy sdiri.bw anak2 kecik 3 org.dh elok baris depan tp pramugari suruh baris belakang just because bukan barisan hot seats.tp jika dia ada perikemanusiaan boelh je dia bg lepas.after all, bukan kapal terbang nak berlepas terus pun. dua kali okay mcm tu...penerbangan pergi balik destinasi yg sama.oleh staff yang sama. nak tolong angkat beg pun haram...pelancong asing pula yg prihatin...x guna solek tebal tapi menutup 'kehodohan' attitude

    BalasPadam

dzulCYBER