Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

10 Gambar Rosyam Nor, isteri dan keluarga bercuti di Eropah

Gambar Rosyam Nor, isteri dan keluarga bercuti di Eropah - Nampaknya, pelakon dan penerbit tersohor negara, Rosyam Nor tidak ketinggalan untuk meluangkan masa membawa keluarga besar melancong ke Eropah.

Gambar-gambar percutian itu dikongsikan di laman facebook untuk tatapan peminat dan orang ramai. Penulis kagum dengan Rosyam kerana jarang timbul kontroversi melibatkan ahli keluarganya. Malah, sehingga kini privasi keluarganya tetap terjaga.











Gambar selfie Neelofa yang agak menggerunkan

Gambar selfie Neelofa yang agak menggerunkan - Penulis sedikit takut menatap lirikan mata Neelofa yang kelihatan cukup menggerunkan. Ini mungkin kerana aktres jelita itu mengenakan pembayang mata berwarna hitam dan mengambil gambar selfie pada posisi atas.


Punca sebenar Sari Yanti tidak jadi bercerai

Punca sebenar Sari Yanti tidak jadi bercerai - Pelakon terkenal, Sari Yanti Mohd Nazari tidak jadi bercerai dengan suaminya, Mohd Edy Casmadi Che Hussin selepas aktres berusia 30 tahun itu menfailkan bantahan terhadap dakwaan nusyuz.

Permohonan bantahan yang dibuat oleh Sari Yanti adalah bagi menolak tuntutan kembali taat dan nusyuz yang difailkan suaminya pada 7 Mac lalu di Mahkamah Sri Petaling. Ia telah dibenarkan oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abu Samah menerusi sebutan kes yang berlangsung sebentar tadi di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.

Sebelum ini, pelakon Kisah Kaisara itu telah menfailkan penceraian pada 25 Februari lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan setelah empat tahun mendirikan rumahtangga iaitu sejak Januari 2009.

Hasil perkongsian hidup Sari Yanti dan Edy Casmadi, mereka dikaruniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aliy, 4, dan Basit Al-Haq, 2, namun kedua-dua anak itu tinggal bersama Edy Casmadi.


Gambar bakal suami pelakon Faralyna Idris

Gambar bakal suami pelakon Faralyna Idris - Pelakon terkenal yang juga bekas kekasih aktor Hairul Azreen, Faralyna Idris membuat pengumuman bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati pada hujung Disember ini.

Sambil menafikan kekecewaan sebagai punca berkahwin di usia muda iaitu 23 tahun, Faralyna memberitahu keputusannya itu disebabkan beliau tertarik dengan sikap bakal suami yang bertanggungjawab dan sangat memahami.


Untuk makluman, Faralyna Idris dan bakal suami kini sibuk membuat persiapan untuk majlis pertunangan mereka pada 31 Mei ini. Penulis ucapkan tahniah, tidak lama lagi akan bergelar tunangan kepada orang lain. Melepas pula jadinya.


Foto intim Fazura dan Hans Isaac, peminat kata mereka sepadan

Foto intim Fazura dan Hans Isaac, peminat kata mereka sepadan - Portal rotikaya telah berkongsi sekeping foto Fazura dan Hans Isaac yang kelihatan agak intim di laman fanpage facebook mereka di mana kedua-dua selebriti ini mengenakan pakaian serba hitam. 

Ia mendapat pelbagai respon dari pengguna-pengguna laman facebook yang lain. Kebanyakan komen mereka menyatakan Fazura dan Hans Isaac nampak sepadan dan matang berbanding jika Neelofa dan Hans Isaac. Benarkah pendapat para peminat ini? Apa pandangan korang pula?



Wajah sebenar Erra Fazira apabila marah yang menakutkan

Wajah sebenar Erra Fazira apabila marah - Mungkin belum pernah ada peminat melihat wajah sebenar Erra Fazira apabila marah. Kalau gambar pelakon itu menangis atau bersedih memang banyak bertebaran di laman maya termasuklah gambar Erra menangis ketika lafaz cerai oleh Engku Emran di mahkamah dua bulan lalu.

Buat mereka yang belum pernah melihat bagaimana bentuk paras rupa Erra Fazira ketika sedang marah melampau, mari layan sekeping gambar di bawah. Memang menakutkan, tak gitu? Seram pula penulis tengok lirikan mata aktres berusia 40 tahun itu.



Fesyen rambut terkini pelakon Pekin Ibrahim

Fesyen rambut terkini pelakon Pekin Ibrahim - Style rambut Pekin Ibrahim kini sudah berubah menjadi lebih menarik dan tampak pelik. Perubahan rambut itu memang bersebab iaitu bagi menjayakan wataknya dalam filem terbaru berjudul Yakuza dan Juvana II.

Jelas, penampilan kekasih hati Uqasha Snerose itu sangat berbeza kali ini. Mesti hebat lakonannya sebagai ahli gangster Yakuza, tak gitu? Ini membuktikan filem-filem tempatan semakin bertambah maju, satu perkembangan yang positif untuk industri perfileman negara.


Aksi yoga Fouziah Gous, suami jadi mangsa

Aksi yoga Fouziah Gous, suami jadi mangsa - Seronok tengok aksi pasangan yang baru tujuh bulan mendirikan rumahtangga, Fouziah Gous dan suami, Zhafran Yusof ketika melakukan senaman Yoga di rumah mereka.

Walaupun Fouziah sememangnya lebih tinggi berbanding suaminya namun Zhafran memiliki kekuatan fizikal yang hebat. Melalui sekeping foto santai yang dikongsikan pelakon itu di laman Instagram miliknya, Fouziah dilihat begitu mudah diangkat oleh Zhafran.

Buat wanita yang sudah berkahwin, ajaklah suami anda untuk melakukan senaman yoga bagi meningkatkan tahap kesihatan. Tidak semestinya perlu keluar rumah untuk bersenam, di dalam rumah pun boleh.



Apabila foto selfie Izara Aishah dengan baju pink tersebar

Apabila foto selfie Izara Aishah dengan baju pink tersebar - Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, penampilan pelakon dan penari hebat, Izara Aishah semakin berseri-seri dan cantik menawan. Agaknya, apa yang membuatkan penampilan Izara lebih anggun dan tampak amat memikat?

Daripada sekeping foto di bawah, jelas memberitahu kepada peminat bahawa baju dan topi berwarna merah jambu amat bersesuaian dengan dirinya. Meskipun nampak sederhana dengan make-up yang nipis namun menyerlahkan kecantikan semulajadi yang dimiliki aktres berusia 22 tahun itu.

Penulis suka dengan Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah binti Hisham kerana jarang ada kontroversi atau cerita-cerita panas yang dikaitkan dengannya.


Punca Fazura maki hamun wartawan di twitter

Punca Fazura maki hamun wartawan di twitter - Pelakon dan model terkenal, Nur Fazura bertindak memaki hamun wartawan di twitter kerana tidak berpuas hati dengan laporan sebuah akhbar tempatan berhubung gosip kononnya dia enggan menjawab kontroversi bercium dengan kekasih hati, Randy Seidman.

Sehubungan dengan itu, Fazura kini dicop oleh media sebagai artis yang mahu bermusuh dengan wartawan. Untuk menjelaskan isu ini, Fazura menerusi Berita Harian memberitahu bahawa dakwaan yang ditujukan kepadanya itu lebih bermotifkan balas dendam.



Punca penceraian Adam AF dan Fiza Elite kini terbongkar

Punca penceraian Adam AF dan Fiza Elite kini terbongkar - Mungkin ramai beranggapan ianya perkara kecil namun tidak buat pasangan sensasi itu Adam AF dan Fiza Elite. Kata Fiza, akaun Instagram ialah antara punca mengapa mereka mengambil keputusan untuk bercerai secara baik semalam.

Semua perselisihan faham yang timbul di antara mereka berdua bermula apabila ada pengikut Instagram Fiza mempersoalkan sebab-sebab dia tidak memuatnaik gambar-gambar Adam di Instagram miliknya.

Susulan itu, spekulasi tentang keretakan hubungan mereka mula tersebar di kalangan pengikut-pengikut lain sehingga turut menjadi bahan bualan mereka dalam keluarga.


Bagaimanapun, aktres berusia 33 tahun itu memberitahu akaun Instagram hanyalah sebahagian punca mereka bercerai. Katanya, terdapat juga perkara peribadi lain yang turut menyumbang kepada perpisahan mereka namun beliau enggan mahu mengulas panjang.


Berhubung dakwaan kononnya orang ketiga dan kewangan sebagai antara punca sebenar mereka mengambil haluan masing-…

Foto terkini Nur Fathia yang paling jelita dan menakjubkan

Foto terkini Nur Fathia yang paling jelita dan menakjubkan - Tergamam penulis seketika menatap sekeping gambar terkini pelakon Nur Fathia yang begitu menyerlahkan kecantikan dan kejelitaannya.

Ia dikongsikan oleh admin fanpage facebook rotikaya yang tidak terlepas untuk mengucapkan secebis ayat romantik berbunyi "Selamat malam Nur Fathia, moga berjumpa dalam mimpi."

Rasanya, gambar ini adalah posing selfie kekasih Aiman Ridza itu yang paling mencetuskan igauan di minda jejaka-jejaka di luar sana sehingga ada yang berharap sangat agar bertemu dengan Nur Fathia walaupun hanya di dalam mimpi mereka sahaja.


Aksi comel Lisa Surihani bila berus gigi

Aksi comel Lisa Surihani bila berus gigi - Comel sungguh penulis tengok aksi pelakon cantik manis, Lisa Surihani ketika mengajar cara sebenar bagi penjagaan mulut dengan Oral-B. Ramai jejaka di luar sana pasti teruja tengok isteri Yusry ini, tak gitu?


Gambar sekitar penceraian Adam AF dan Fiza Elite di mahkamah

Gambar sekitar penceraian Adam AF dan Fiza Elite di mahkamah - Khabar angin tentang penceraian Adam AF dan Fiza Elite akhirnya terjawab hari ini apabila Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengesahkan mereka bercerai talak satu kira-kira jam 1.10 petang tadi.

Berikut ialah 14 keping gambar suasana sekitar dewan mahkamah di mana sesi pembicaraan penceraian berlangsung. Sebelumnya, Fiza telah memohon secara lisan kepada hakim syarie, Tuan Muhamad Nazri agar tidak membenarkan orang ramai dan pihak media hadir. Kredit foto-foto kepada portal rotikaya.















Apabila Anzalna Nasir bersantai di pantai pakai gaun ketat

Apabila Anzalna Nasir bersantai di pantai pakai gaun ketat - Setiap orang punyai citarasa dan keseronokan sendiri untuk melakukan aktiviti santai seperti berjalan-jalan di pusat membeli belah, beriadah di taman-taman menarik, menonton wayang dan sebagainya.

Begitu juga dengan aktres cantik dan jelita, Anzalna Nasir yang tidak ketinggalan untuk bersantai bagi merehatkan fikiran yang kusut dan penat lelah ketika bekerja di set penggambaran. Menariknya, pelakon itu dilihat tetap mengenakan pakaian cantik walaupun sekadar pergi ke pantai.

Korang boleh perhatikan foto penampilan Anzalna di bawah yang begitu memukau dan amat memikat hati. Penulis guarantee, sesiapa pun jejaka yang terserempak dengannya di mana-mana pantai yang beliau lawati pasti akan terpaut hati dan tidak senang duduk.


Fiza Elite dan Adam AF sah bercerai talak satu

Fiza Elite dan Adam AF sah bercerai talak satu - Pasangan sensasi, Fiza Elite dan Adam AF yang baru sahaja mendirikan rumahtangga sekitar September tahun lalu disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, kira-kira jam 1.05 tengah hari tadi berdasarkan maklumat terkini yang dikongsikan dalam laman twitter Harian Metro.

Adam AF yang dihubungi tentang perkara itu memberitahu penceraian mereka dilakukan secara baik tanpa melibatkan sebarang tuntutan nafkah atau lain-lain. 
Bagi Fizia Elite pula, hubungan mereka sebagai suami isteri tiada jodoh walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga yang mula bergolak akhir tahun lalu.


Punca Sidek Hussain meninggal dunia secara mengejut

Punca Sidek Hussain meninggal dunia secara mengejut - Pelakon veteran Sidek Hussain, 63, disahkan meninggal dunia kira-kira jam 11.55 malam tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser tahap empat.

Terdahulu, allahyarham terpaksa dimasukkan ke hospital pada 30 Mac lalu selepas pengsan ketika membeli barang untuk cucunya. Hasil pemeriksaan doktor mendapati Sidek menghidap sejenias kanser tahap empat pada ketumbuhan dipipinya yang kini beratnya mencecah 2 kilogram.

Selain kanser, beliau juga mengalami masalah di bahagian paru-paru dan jantung. Takziah buat keluarga allahyarham termasuk isterinya, Sebiah Sulaiman, 61.


Aksi manja Neelofa & Izara Aishah yang mengejutkan

Aksi manja Neelofa & Izara Aishah yang mengejutkan - Nampaknya, hubungan dua selebriti popular, Neelofa dan Izara Aishah dah macam adik-beradik pula. Kemesraan mereka berdua jelas terpancar pada wajah masing-masing. Penulis cemburu dibuat mereka tau?

Sebelum ini, ramai mendakwa, Neelofa ialah gadis bertuah yang bakal dikahwini oleh aktor terkenal, Hans Isaac. Betul ke dakwaan mereka ini? Apapun, mereka nampak serasi walaupun berbeza agama dan budaya.



Motif sebenar Raja Azmi muatnaik foto tafsiran Al-Quran

Motif sebenar Raja Azmi muatnaik foto tafsiran Al-Quran - Penerbit terkenal, Raja Azmi sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila memuatnaik sekeping foto yang mengandungi tafsiran Al-Quran di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Perkongsian itu disertakan dengan caption berbunyi "Tafsiran Surah An-Noor ayat 31…tiada menyebut wanita yg tak pakai tudung masuk neraka. Sekadar berkongsi ilmu..amiin” dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengikut-pengikutnya sehingga isu sebelum ini berkaitan "tidak bertudung tidak akan masuk neraka" kembali hangat diperkatakan mereka.


Bagi mengetahui motif sebenar Raja Azmi memuatnaik gambar tersebut, pihak Astro Gempak telah menghubunginya untuk mendapat penjelasan lanjut. 

Kata wanita berusia 55 tahun itu, tindakannya memuatnaik foto berkenaan hanyalah bertujuan untuk berkongsi ilmu keagamaan namun niatnya dikatakan telah disalahtafsir oleh orang ramai.