Zarina Zainuddin jerit dan rempuh pak guard hospital dihalang jumpa emak


Zarina Zainuddin jerit dan rempuh pak guard hospital - Sebelum ini, kita pernah digemparkan dengan tindakan Siti Aisya Adam, isteri penyerang pasukan Johor Darul Takzim, Matyo, memaki hamun seorang pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang pada 12 September tahun lalu.

Ketika itu, Matyo dikecam teruk orang ramai kerana membiarkan isterinya bertindak kurang ajar kepada pak guard berkenaan yang jauh lebih berusia hanya kerana tidak berpuas hati ditegur mengalihkan kenderaan dari kawasan larangan parking.

Apapun, itu cerita lama dan sensasi tahun lalu. Baru-baru ini pula, giliran seorang pelakon terkenal, Zarina Zainuddin didakwa bertekak dan menjerit pengawal keselamatan di sebuah wad di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Difahamkan, kekecohan timbul apabila pengawal terbabit tidak membenarkan pelakon seksi itu masuk ke dalam wad untuk melawat ibunya, Zahora Abdul Mutalib, 58, yang baru dipindahkan daripada wad Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat kemalangan jalan raya, malam kelmarin.

Zarina, 43, yang naik berang enggan mengendahkan halangan pengawal itu dan terus merempuh pintu pagar wad terbabit untuk masuk ke dalam.

“Sebab dah geram sangat, saya terpaksa bertekak dan menjerit bila dia halang masuk (wad) melawat mak.”

“Saya baru saja bergaduh dengan guard (pengawal) di wad itu tengah hari tadi (semalam)."

"Geram betul bila dia halang saya nak masuk sedangkan doktor nak buat pemeriksaan pada mak tapi tak ada langsung wakil keluarga untuk pantau."

“Saya sudah minta baik-baik tapi dia berkeras tak bagi. Padahal saya nak masuk seorang saja dan itu pun waktu melawat. Apa lagi naik hantulah dan saya rempuh masuk, lantaklah apa nak jadi.”

Menurut Zarina, kemalangan itu tidak membabitkan dirinya yang berada di sini, tetapi ibunya bersama ahli keluarga yang lain. Katanya, ketika kejadian awal malam kelmarin, dua buah kereta yang dinaiki ahli keluarganya terbabas di kawasan berhampiran Simpang Pulai, berikutan cuaca buruk dan jalan licin.

Ketika kejadian, ahli keluarga aktres itu dalam perjalanan pulang selepas bercuti di Cameron Highlands, Pahang menuju ke Ipoh. Akibatnya, ibu Zarina mengalami kecederaan teruk di kepala dan belakang badannya manakala anak buahnya patah tangan.

Zarina berkata, dia yang terkejut menerima panggilan kecemasan jam 9.30 malam bergegas ke Ipoh.

“Kepala mak yang koyak sudah menerima jahitan. Ketika saya datang tadi dia mengerang kesakitan rupanya masih ada saki-baki kaca-kaca halus yang melekat di belakang badannya.”

0 Response to "Zarina Zainuddin jerit dan rempuh pak guard hospital dihalang jumpa emak"

Catat Ulasan

dzulCYBER