Umie Aida nafi rumahtangga berantakan kerana orang ketiga


Pelakon Umie Aida nafi rumahtangga berantakan - Pelakon terkenal, Umie Aida menafikan rumahtangganya sedang bergolak seperti didakwa peminat di laman sosial dan laporan oleh Berita Harian hujung minggu lalu.

Spekulasi masalah rumahtangga Umie mula timbul apabila pelakon itu memuatnaik beberapa status di Instagram yang seolah-olah meluahkan keluh kesahnya di hati.

Ketika diminta mengulas tentang spekulasi tersebut, Umie Aida mengakui memang ada masalah dengan suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan namun tidaklah sampai ke tahap bercerai dan hubungan dengan suami masih baik.

“Mana mana perkahwinan pun pasti akan dilanda badai. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, kita kan manusia? Masing masing sibuk. Mungkin juga ketika gambar dan video yang dimuat naik dalam Instagram itu ada masalah yang timbul. Tapi, tidaklah sampai ke arah itu (bercerai).”

“Rumahtangga kami OK. Jangan bermain dengan soal kahwin cerai. Tapi apabila bercakap soal cerai, itu ketentuanNya. Siapa kita nak cakap andai penceraian jalan terakhir yang baik atau sebaliknya saya mengharapkan yang terbaik untuk rumahtangga kami.”

0 Response to "Umie Aida nafi rumahtangga berantakan kerana orang ketiga"

Catat Ulasan

dzulCYBER