Tengku Adnan Tengku Mansor nafi bercinta dengan Erra Fazira

Tengku Adnan Tengku Mansor nafi bercinta dengan Erra - Gosip membabitkan Erra Fazira masih terus kedengaran di laman-laman sosial meskipun pelakon itu sudah bercerai dengan Engku Emran dan kini sedang menjalani endah.

Semalam, beliau didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli politik berstatus menteri. Ahli politik yang dimaksudkan itu adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagi mendapatkan kepastian berhubungn gosip yang tersebar,  wartawan politik telah menghubungi Tengku Adnan atau lebih dikenali Ku Nan dan beliau menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan aktres cantik, Erra Fazira.


Menurut Ku Nan, beliau tidak ada kaitan sama sekali dengan Erra Fazira & beliau yang juga Setiausaha Agung Umno itu kelihatan terkejut ketika diajukan soalan tentang hubungan istimewanya itu, dipetik dari rotikaya.

“Saya lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinan saya. Saya dengan Erra Fazira tidak.. tidak. Saya bahagia dengan perkahwinan saya.”

Macam-macam pula dengan dunia hiburan ni. Hinggakan menteri yang jauh nun di sana pun jadi mangsa gosip tidak masuk akal.

1 Response to "Tengku Adnan Tengku Mansor nafi bercinta dengan Erra Fazira"

  1. gosip yg paling bodoh dan bangang...korang dah takde keje ke nak buat gosip tak masuk akal macam ni...

    BalasPadam

dzulCYBER