Sebab utama Kapten Nik Ahmad yakin MH370 dirampas


Sebab utama Kapten Nik Ahmad yakin MH370 dirampas - Beberapa keping gambar terbaru berhubung laluan pesawat MH370 yang dipercayai disediakan oleh kerajaan kepada keluarga di China telah mengubah tanggapan awal tentang kes tersebut.

Menurut bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain, kesemua gambar itu merupakan satu pencerahan baru yang kini bercanggah dengan informasi terdahulu yang mengatakan pesawat membuat satu pusingan ke arah kiri.

Paparan peta itu antaranya menunjukkan pesawat telah membuat satu pusingan 270 darjah ke arah kanan, katanya.

“Teori ini menguatkan lagi segi teori human interference (perbuatan disengaja).”

Tambahnya lagi, jika laluan itu benar, ia menunjukkan satu tindakan yang telah difikir semasak-masaknya dan teliti oleh pelakunya.

“Pusingan tu besar, tu nampaknya tiada cornering… maknanya pesawat dikendali sepenuhnya, ia tiada kerosakan.”

0 Response to "Sebab utama Kapten Nik Ahmad yakin MH370 dirampas"

Catat Ulasan

dzulCYBER