Respon Rozana isu agenda intim Awie dan Erra Fazira di Teaterikal Suara Kita


Respon Rozana isu agenda intim Awie dan Erra Fazira - Mungkin ramai menyangka isteri Awie, Rozana Misbun, 35, akan cemburu dengan agenda intim yang bakal dilakukan suaminya bersama Erra Fazira bagi menjayakan pementasan Teaterikal Suara Kita sepanjang minggu ini.

Apapun, sangkaan itu melesat sama sekali kerana Rozana menerusi BiPop menafikan timbul perasaan berkenaan malah menyokong penuh gandingan Awie dan Erra Fazira. Katanya, jika memang dirinya cemburu mana mungkin dia boleh bersetuju untuk pementasan itu dilaksanakan.

“Selama ini, Awie juga pernah bergandingan dan beraksi mesra dengan pelakon wanita lain. Jika dulu saya mengatakan tidak, sudah tentu projek ini tidak dapat dilaksanakan."

“Saya memberi sokongan kepada Awie supaya memilih Erra dan Ziana kerana dapat mengimbas semula zaman kegemilangan mereka sekitar era 1990-an."

“Hubungan saya dengan Erra juga baik. Erra seorang yang peramah dan cukup disenangi. Saya peminat Erra sejak di bangku sekolah lagi. Dulu saya pernah mengajak Awie menyaksikan teater lakonan Erra."

“Lagipun, Erra sendiri mengeluarkan kenyataan tidak mahu babak intim yang berlebihan sehingga Erma terpaksa merombak semula skrip. Saya faham keadaan Erra, tentulah situasi itu mengundang persepsi buruk."

"Sudah pasti ada yang menuduhnya bermacam-macam, lebih lagi dalam keadaannya yang masih dalam tempoh edah.”

0 Response to "Respon Rozana isu agenda intim Awie dan Erra Fazira di Teaterikal Suara Kita"

Catat Ulasan

dzulCYBER