Raja Bomoh ugut saman pihak dakwa ritual mereka syirik dan khurafat


Raja Bomoh ugut saman pihak dakwa ritual mereka syirik - Raja Bomoh Sedunia, Ibrahim Mat Zin memberi amaran tindakan saman akan diambil kepada mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

Kata Ibrahim kepada Utusan Malaysia, upacara ritual yang dilakukannya bagi mengesan pesawat MH370 yang dilaporkan sejak Sabtu lalu itu menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.

"Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja."

"Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil.”

0 Response to "Raja Bomoh ugut saman pihak dakwa ritual mereka syirik dan khurafat"

Catat Ulasan

dzulCYBER