Raja Azura beri nasihat Hanez Suraya rampas suami orang


Raja Azura beri nasihat Hanez Suraya rampas suami orang - Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku terpanggil untuk memberikan nasihat kepada Hanez Suraya, pelakon drama Autumn Di Hatiku.

Menurut Kak Engku, Hanez Suraya sepatutnya menghormati perasaan wanita lain memandangkan dia juga adalah seorang wanita.

“Pada saya, hormatilah hati wanita lain. Fikirlah, jika lelaki itu boleh berbuat demikian pada isterinya, iaitu wanita yang telah bersusah payah melahirkan anak untuknya, tak mustahil sekiranya dia boleh berbuat perkara sama pada Hanez.

“Buka minda, pasti ada sebab mengapa rumah tangga mereka bermasalah? Lagi pula Hanez pasti belum tahu apa sebenarnya masalah yang melanda pada mereka berdua?”

Tambah Kak Engku lagi, Hanez juga tidak sepatutnya mencampuri langsung urusan rumahtangga mereka sebaliknya biarkan ia selesai terlebih dahulu sebelum menjalinkan hubungan dan mencanangkan kepada semua.

“Apabila masalah dah selesai, tak salah kalau Hanez nak meneruskan hubungannya dengan lelaki itu. Perjalanan hidup ini masih jauh. Fikir dahulu sebelum kita nak bercakap dan jangan dengar daripada sebelah pihak saja.”

0 Response to "Raja Azura beri nasihat Hanez Suraya rampas suami orang"

Catat Ulasan

dzulCYBER