Punca sebenar Hanez Suraya fail saman terhadap bekas PA


Punca sebenar Hanez Suraya fail saman - Pada November tahun lepas, Hanez Suraya telah menfailkan saman terhadap bekas PA, Mohd Fairus Mohd Lazim, 28, menerusi Tetuan Harjit Sandhu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Tindakan saman itu dibuat Hanez selepas Mohd Fairus didakwa memfitnah dan mengaibkannya menerusi laman sosial Instagram dalam akaun 'DashaSultan' dan Twitter menerusi akaun 'Dasha_Sultan pada 30 September hingga 15 Oktober tahun lepas.

Perkataan-perkataan fitnah yang dilemparkan itu membawa maksud bahawa beliau merupakan seorang pelakon yang sombong, kedekut, tidak menghormati orang lain, mata duitan, lupa diri, sering bermuka-muka dan tidak berfikiran matang.

Bagaimanapun, proses saman berkenaan tidak diteruskan. Mohd Fairus telah menyatakan permohonan maaf secara terbuka mengikut notis 48 jam dari tarikh penerimaan surat amaran yang dibuat oleh peguam pelakon drama bersiri Love You Mr. Arrogant.

Hanez kemudian menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah, satu injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya dan lain-lain perintah yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

1 Response to "Punca sebenar Hanez Suraya fail saman terhadap bekas PA"

dzulCYBER