Punca sebenar Buku Komik Ultraman diharamkan di Malaysia


Punca sebenar Buku Komik Ultraman diharamkan - Umum mengetahui buku komik Ultraman The Ultra Power telah diharamkan penerbitannya di Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat.

Menurut Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran KDN, pengharaman itu dibuat selepas kandungannya merujuk watak Ultraman King yang digelarkan sebagai Allah dan dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam masa kini.

Bagaimanapun, KDN menerusi mStar memberitahu pengharaman berkenaan hanya dikenakan terhadap terbitan buku komik Ultraman The Ultra Power sahaja tanpa melibatkan komik atau watak ultraman lain.

"Alasan kenapa buku ini dikenakan perintah larangan adalah kerana kandungan buku itu menggunakan watak Ultraman King yang digelarkan sebagai Allah.”

"KDN mengenakan perintah larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat “Allah” yang disamakan dengan Ultraman King."

"Kalimah Allah merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah sensitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab jika tidak dibendung. Ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh menggemparkan fikiran orang ramai."

Sebagai makluman, buku berbahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya dibuat oleh Network Printers.

0 Response to "Punca sebenar Buku Komik Ultraman diharamkan di Malaysia"

Catat Ulasan

dzulCYBER