Punca pelakon Shakilla Khoriri diserang dan diugut simbah asid


Punca pelakon Shakilla Khoriri diserang dan diugut - Sudah menceburi dalam dunia lakonan selama 8 tahun namun Shakilla Khoriri masih tidak dikenali berbanding pelakon-pelakon yang lain. Mungkin kerana kurangnya kontroversi dikaitkan dengannya.

Baru-baru ini, pelakon berusia 25 tahun itu memberitahu pernah menerima ugutan untuk disimbah asid gara-gara sering membawakan watak jahat dalam drama lakonannya.

"Dalam 2 bulan lepas saya menerima ugutan di laman sosial daripada seseorang yang mahu simbah asid ke muka saya sebab watak jahat yang saya bawa. Atas nasihat ahli keluarga dan kawan-kawan, saya sudah pun buat laporan polis.

Individu tersebut juga ada kirimkan gambar saya yang telah diconteng dengan warna merah. Saya agak takut jugalah kan sebab saya selalu balik lewat malam sebab ada shooting.”

Selain itu, Shakilla turut berkongsi pernah diserang peminat tidak dikenali ketika sedang mengadakan roadshow bagi sebuah drama bersama beberapa orang pelakon yang lain.

"Saya dah perasan daripada awal yang ada seorang mak cik tu pandang saya macam tak puas hati. Tiba-tiba masa tengah bergambar dengan peminat, dia datang tepi saya dan pukul belakang bahu saya sekuat-kuatnya dengan beg tangan besar yang dibawanya.

Saya terkejut, tetapi buat tenang sebab nak cover daripada orang semua. Tapi memang sakitlah. Bila dia dah nak pergi tu dia ada cakap yang jangan ganggu rumahtangga orang dan jangan tunjuk muka dekat sini lagi serta panggil saya dengan nama watak yang saya bawa. Daripada situ saya tahulah kenapa dia marah saya.”

Nampaknya, kebencian peminat terhadap Shakilla Khoriri membuktikan bahawa pembawaan watak yang diberikan kepada amat berkesan.

0 Response to "Punca pelakon Shakilla Khoriri diserang dan diugut simbah asid"

Catat Ulasan

dzulCYBER