Punca Nelydia Senrose padam video romantik dengan Sharnaaz di Instagram


Punca Nelydia Senrose padam video romantik dengan Sharnaaz - Sekitar pertengahan minggu lalu, hubungan Qi Razali dan Nelydia Senrose sekali lagi dikatakan berantakan apabila pelakon cantik itu telah memadam sejumlah foto teman lelakinya itu di laman sosial.

Bagaimanapun, Qi menerusi akaun Instagramnya menafikan hubungan cinta dengan Nelydia bermasalah dan memberitahu masih baik seperti sebelum ini meskipun tidak mengerti mengapa kesemua gambarnya dipadamkan.

Baru-baru ini, adik kepada Uqasha Senrose itu dilihat sudah memadama video-video romantiknya dengan Sharnaaz selain tidak lagi mengikuti akaun Instagram aktor itu.

Puncanya, Nelydia mungkin mahu menjaga hati dan perasaan kekasihnya, Qi Razali. Lebih menguatkan dakwaan ini, aktres jelita itu telah mengikuti semula Qi di Instagram.


0 Response to "Punca Nelydia Senrose padam video romantik dengan Sharnaaz di Instagram"

Catat Ulasan

dzulCYBER