Nora Danish mengaku sambut hari jadi bersebelahan kelab malam


Nora Danish mengaku sambut hari jadi bersebelahan kelab malam - Pelakon Nora Danish menjadi bualan peminat di laman sosial semalam selepas episod 999 melaporkan seorang selebriti tempatan didakwa mengadakan sambutan hari jadinya di sebuah kelab malam di Petaling Jaya, awal pagi Sabtu lalu.

Sejak itu, tumpuan terarah kepada Nora Danish memandangkan beliau baru sahaja menyambut hari jadinya yang ke-32 beberapa hari lepas.

Menerusi rakaman video yang disiarkan portal MIG Online hari ini, Nora mengakui majlis sambutan hari lahirnya berlangsung di sebuah restoran yang bersebelahan dengan kelab malam haram berkenaan.

"“Sekalipun restoran dan kelab hiburan itu di bawah pengurusan yang sama, macam mana saya nak tahu premis itu beroperasi dengan sah ataupun tidak. Bukankah itu kerja pihak berwajib. 

“Jadi, bukan saya yang melakukan kesalahan, tetapi pemilik premis berkenaan."

Dalam pada itu, Nora turut melahirkan kekesalan dengan laporan sebuah program televisyen iaitu program 999 baru-baru ini yang memaparkan sedutan serbuan itu seolah-olah beliau yang bersalah.

0 Response to "Nora Danish mengaku sambut hari jadi bersebelahan kelab malam"

Catat Ulasan

dzulCYBER