MH370 : Pilot AirAsia hina kerajaan digantung kerja tanpa notis


Pilot AirAsia hina kerajaan digantung kerja tanpa notis - Seorang juruterbang kanan AirAsia dikenali Krish Jejendira digantung kerja serta-merta kerana didakwa mengkritik pengumuman kerajaan berhubung pesawat MH370 terhempas di Lautan Hindi menerusi laman Facebook miliknya.

Menurut ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan lanjut ke atas juruterbang berkenaan dapat dilakukan.

“Pegawai kanan AirAsia X telah digantung tugas sementara menunggu siasatan berkenaan pelanggaran polisi syarikat dalam tulisan Facebook.”


Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Rani Osman melalui akaun Twitternya memberitahu, juruterbang itu digantung kerja kerana didapati melanggar arahan khusus iaitu tidak mengulas mengenai pencarian MH370 secara terbuka.

Tambah Azran, arahan tersebut juga bertujuan untuk mengelakkan kakitangan AirAsia membuat kenyataan yang boleh mengguris perasaan ahli keluarga mangsa.

0 Response to "MH370 : Pilot AirAsia hina kerajaan digantung kerja tanpa notis"

Catat Ulasan

dzulCYBER