MH370: Pesawat P-3 Orion Australia tiba di lokasi dua objek dikesan di Lautan Hindi


Pesawat P-3 Orion Australia tiba di lokasi dua objek dikesan - Sebuah pesawat peninjau jarak jauh P-3 Orion milik Tentera Udara Diraja Australia telah tiba di lokasi penemuan dua objek di Lautan Hindi yang disyaki serpihan pesawat MH370.

Berita ketibaan mereka itu diberitahukan oleh Pengurus Besar, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA), John Young.

Menurut John, sebanyak tiga buah pesawat lagi telah dikerahkan ke kawasan tersebut termasuk sebuah pesawat Orion milik Tentera Udara New Zealand dan pesawat Poseidon P8 milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS).

Ekoran itu, pakar penerbangan, Bill Waddock mengarahkan sebuah lagi pesawat Hercules C-130 milik Australia untuk menjatuhkan pelampung penanda di lokasi berkenaan.

"Perkara utama yang mereka perlu lakukan ialah salah sebuah pesawat tersebut perlu meneliti serpihan berkenaan."

Pelampung itu akan menjadi penanda tempat penemuan dan menghantar data lokasi tempat berkenaan. - Utusan

0 Response to "MH370: Pesawat P-3 Orion Australia tiba di lokasi dua objek dikesan di Lautan Hindi"

Catat Ulasan

dzulCYBER