Kronologi kisah-kisah panas Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad


Kronologi kisah-kisah panas Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad - Umum mengetahui, dua pelakon hebat Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad masih berbalah sehingga hari ini ekoran keengganan Fauzi Nawawi memohon maaf kepada Sharnaaz.

Malah, ketika Lisdawati berangkat menunaikan umrah di Mekah hari ini, dia masih sempat menempelek video Sharnaaz yang didakwanya penuh dengan penipuan berhubung insiden menyerang dan menengking di lokasi penggambaran minggu lalu.

Di sini, admin paparkan kontroversi-kontrovers panas yang pernah dikaitkan dengan kedua-dua pelakon itu yang dikongsikan portal Utusan Malaysia Online.

Lisdawati vs Nadia Mustafar

Ini kisah awal yang memberi imej kurang molek kepada Lisdawati dalam sejarah kerjaya seninya. Kisahnya bermula apabila Nadia Mustafar dikatakan mengeluarkan kenyataan yang didakwa kononnya berbentuk fitnah ke atas Lisdawati dalam sebuah majalah pada 2005. Nadia mendakwa Lisda berhutang kepadanya dan meminta supaya Lisda membayar hutang yang dipinjam sejumlah sekitar RM20,000 itu. Bagaimanapun Lisda menafikan berhutang dengan pelakon itu dan akibat malu sendiri, Lisda menyaman Nadia dan mendakwa kenyataan Nadia memberi implikasi kepada kerjayanya. Oleh kerana Nadia tidak mempunyai sebarang bukti sahih mengatakan Lisda berhutang, Lisda telah memenangi saman tersebut dan Nadia diperintahkan mahkamah agar membayar wang ganti rugi sebanyak RM250,000.

Lisdawati vs Rita Rudaini

Masih ingat adegan kolam renang pada 2006? Kejadian ini menjadi antara topik hangat pada waktu itu apabila adegan lakonan bertukar kepada sejarah hitam melibatkan pelakon Rita Rudaini. Lisda mendakwa Rita telah ‘terlebih’ menghayati watak dan mencederakan dirinya lalu bertindak membuat laporan polis. Lisda mendakwa rakan baik kepada Nadia Mustafar itu sengaja bertindak lebih agresif dalam melakonkan babak pergaduhan semasa penggambaran drama di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang itu dan mencederakan dirinya. Bagaimanapun kes berkenaan tamat begitu sahaja, seterusnya membuktikan tuduhan Lisda itu tidak wujud sama sekali, Rita tidak bersalah.

Sharnaaz vs Kru produksi

Pada penghujung 2012 Sharnaaz dikatakan telah mencederakan seorang kru produksi drama lakonannya. Di sinilah bermulanya episod baharu buat Sharnaaz apabila dia mula dianggap sebagai seorang yang panas baran, walaupun lakonannya begitu menyerlah. Sharnaaz secara tiba-tiba, menyerang kru produksi kerana lewat ke lokasi menyebabkan penggambaran tertangguh dan menyusahkan banyak pihak.

Selain itu juga dia turut meninggalkan lokasi penggambaran secara tiba-tiba yang melayakkan dia menerima surat saman daripada pihak produksi.

Sharnaaz vs ND Lala

Kejadian ini berlaku pada awal 2013, Sharnaaz memang sedang mabuk bercinta dengan penyanyi Shila Amzah. Bapa penyanyi itu ND Lala telah mengeluarkan kenyataan ‘jangan biadap’ terhadap Sharnaaz. Ini ekoran ND Lala kecewa dengan kata-kata Sharnaaz yang tetap mahu memperisterikan anaknya itu walaupun tanpa restu ibu bapa Shila. Joyah lihat kes ini lebih kepada sikap Sharnaaz yang tidak menghormati permintaan ibu bapa bekas kekasihnya itu. Alah, biasalah bila orang mabuk cinta. Joyah pun pernah muda, cinta memang boleh buat kita jadi buta dan gila.

Sharnaaz vs Orang awam

Kisah ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Sharnaaz. Khabarnya pelakon sasa ini terlibat dalam satu insiden pergaduhan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Oktober tahun lalu. Selain bertumbuk, Sharnaaz juga dikatakan membelasah pengguna jalan raya tersebut. Kekal dengan kata-katanya, Sharnaaz dengan berani memberi amaran agar fitnah seperti ini tidak diteruskan terhadap dirinya dan kes berkenaan diam begitu sahaja.

1 Response to "Kronologi kisah-kisah panas Lisdawati dan Sharnaaz Ahmad"

dzulCYBER