KPN sahkan 3 data log simulator milik Kapten Zaharie dipadam


KPN sahkan 3 data log simulator milik Kapten Zaharie dipadam - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator milik juruterbang Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac, Kapten Zaharie Ahmad Shah, dipercayai telah dipadam pada 3 Februari lepas.

Menurut Khalid dalam sidang media petang tadi, data log yang dipadam itu berkaitan dengan tiga jenis permainan penerbangan.

"Tiga jenis permainan dalam simulator itu adalah 'flight simulator X', 'flight simulator 9' dan 'X flight 10'."

Untuk pengetahuan, Simulator itu diambil pada 16 Mac lepas dari rumah Zaharie di Shah Alam untuk dibawa ke Bukit Aman dan diperiksa, dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu. - SH

0 Response to "KPN sahkan 3 data log simulator milik Kapten Zaharie dipadam"

Catat Ulasan

dzulCYBER