Gambar penumpang pertama MH370 guna passport palsu


Gambar penumpang pertama MH370 guna passport palsu - Setelah beberapa jam merahsiakan gambar penumpang MH370 yang menggunakan passport palsu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, akhirnya mendedahkan wajah salah seorang daripada mereka yang dirakam CCTV.

Gambar yang didedahkan Khalid itu ialah Pouria Nour Mohammad Mehrdad berusia 19 tahun, warganegara Iran. Manakala, seorang lagi penumpang yang turut dikenalpasti menggunakan passport palsu masih dalam siasatan.

“Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profailnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas.”

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand. Pengumuman Khalid ini selari dengan penemuan siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.


0 Response to "Gambar penumpang pertama MH370 guna passport palsu"

Catat Ulasan

dzulCYBER