Kontogiannis dedah 3 email perbualan dengan Kapten Zaharie mengenai simulator


Kontogiannis dedah 3 email perbualan dengan Zaharie - Rakan juruterbang pesawat MH370, Thanos Kontogiannis tampil mendedahkan email perbualannya dengan Kapten Zaharie Ahmad Shah bagi menjawab fitnah terhadap rakannya itu.

Menurut Kontogiannis, dia sangat tidak berpuas hati dengan tuduhan liar yang dilemparkan sehingga memburukkan imej Kapten Zaharie hanya kerana dia memiliki simulator penerbangan sendiri di rumahnya.

Susulan itu, Kontogiannis dalam laman blog motionsim miliknya, telah berkongsi mesej perbualan mereka menerusi email. Beliau turut menjelaskan hampir kesemua juruterbang berminat untuk memiliki simulator penerbangan.

Untuk pengetahuan, Kontogiannis ialah jurutera bagi syarikat Qualcomm yang membekalkan komponen Motion Controller bagi menaiktaraf simulator Kapten Zaharie dan juruterbang-juruterbang lain.

Jom baca isi kandungan ketiga-tiga email perbualana ringkas yang didedahkan oleh rakan Kapten Zaharie menerusi laman blog.





0 Response to "Kontogiannis dedah 3 email perbualan dengan Kapten Zaharie mengenai simulator"

Catat Ulasan

dzulCYBER