Keputusan terkini PRK Dun Kajang 23 Mac 2014


Keputusan terkini PRK Dun Kajang 23 Mac 2014 - Masa mengundi Pilihanraya Kecil Dun Kajang sudah tamat berlangsung pada jam 5 petang tadi dengan hanya 28,314 (72%) daripada 39,278 keluar mengundi, turun sebanyak 6,212 (15.9%) berbanding pada Pilihanraya Umum ke-13 tahun lalu.

Berikut ialah keputusan terkini jumlah undi semasa yang diperolehi oleh calon parti PKR dan BN. Calon PKR, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat sedang mendahului Chew Mei Fun ketika ini. Keputusan rasmi PRK Dun Kajang paling awal hanya akan diketahui pada jam 9 malam nanti.

Kajang By-Election Unofficial Results: PKR - 16,741 BN - 11,362
PKR Won by 5,379 majority


0 Response to "Keputusan terkini PRK Dun Kajang 23 Mac 2014"

Catat Ulasan

dzulCYBER