Kehilangan MH370 punca Sarimah Ibrahim tangguh cari teman lelaki


Kehilangan MH370 punca Sarimah Ibrahim tangguh cari teman - Pelakon dan penyampai radio terkenal, Sarimah Ibrahim terpaksa menangguhkan kempen mencari jejaka impiannya bagi menghormati misi pencarian pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang masih menjadi misteri sehingga kini.

Menurut Sarimah, adalah lebih penting untuk memberi tumpuan dan menghormati misi pencarian MH370 daripada misinya mencari teman lelaki menerusi program Desperately Seeking Sarimah (#DSS) di stesen radio MIX FM.

“Saya merasakan kita perlu memberikan penghormatan kepada insiden ini dan kami di Astro bersatu hati untuk memberikan tumpuan terhadap tragedi yang berlaku dan membantu mereka yang berhadapan dengan situasi ini. Kempen akan disambung semula dan pastinya saya akan memilih pemenang.”

Kempen yang baru saja diperkenalkan baru-baru ini, membolehkan Sarimah Ibrahim memilih beberapa jejaka untuk di senarai akhir sebelum memasuki peringkat seterusnya.

Hanya seorang pemenang akan berpeluang untuk menikmati makan malam penuh romantik bersamanya selepas tamat kempen berkenaan.

Tambah Sarimah Ibrahim, dia pasti ramai pendengar setia MixFM faham dengan situasi yang melanda seluruh rakyat Malaysia ketika ini dan percaya misinya untuk mencari jejaka pilihan menerusi kempen berkenaan boleh ditangguhkan buat seketika.

Namun kata Sarimah Ibrahim, setakat ini kempen berkenaan telah berjaya mencari lima jejaka teratas dan seterusnya proses saringan peringkat akhir kepada tiga jejaka teratas hanya akan diumumkan pada Isnin ini.

“Peminat pada ketika ini sedang menunggu untuk saya memilih 3 teratas daripada lima peserta yang ada dan semua itu hanya akan dapat saya umumkan pada Isnin nanti. Kempen akan dimulakan semula pada Khamis ini dan pada Isnin pada jam 8 pagi pengumuman akan dibuat.”

0 Response to "Kehilangan MH370 punca Sarimah Ibrahim tangguh cari teman lelaki"

Catat Ulasan

dzulCYBER