Luahan sedih Erra Fazira digosipkan bercinta dengan Tengku Adnan

Luahan sedih Erra Fazira digosipkan bercinta dengan Tengku Adnan - Sebelum ini, Erra Fazira telah digosipkan bercinta dengan seorang menteri iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sehingga mengundang kejutan di kalangan peminat.

Walaupun Tengku Adnan sudah menafikan mereka ada menjalinkan hubungan cinta namun masih ada peminat yang percaya dengan khabar angin atau gosip yang tersebar itu.

Menerusi laporan Harian Metro baru-baru ini, Erra Fazira tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan terbabit. Katanya, dia tidak kenal pun siapa Ku Nan. Hanya selepas diberitahukan nama sebenar menteri itu, barulah Erra tahu.

“Mentang-mentanglah saya ibu tunggal, jangan mudah nak aibkan saya sesuka hati. Saya ada keluarga, begitu juga pihak yang dikaitkan itu yang ada keluarga perlu dijaga."



Saya sebenarnya tidak kenal pun Ku Nan. Apabila disebut nama penuhnya iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, saya macam pernah dengar. Rupa-rupanya beliau seorang menteri dan saya sememangnya tidak pernah bekerjasama dengan beliau."

Semalam hari pertama konsert bermula. Saya dibayar oleh Awie untuk menjayakan persembahan ini. Jadi saya harus menggalas tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.”

0 Response to "Luahan sedih Erra Fazira digosipkan bercinta dengan Tengku Adnan"

Catat Ulasan

dzulCYBER