"Ikut suka hati saya" - Sakinah jawab Isu Cantik Tak Bontot Saya


Sakinah jawab Isu "Cantik Tak Bontot Saya" - Sebelum ini, pelakon Sharifah Sakinah dikecam teruk peminat kerana menggunakan tagline Cantik Tak Bontot Saya untuk T-shirt rekaannya bagi program kecergasan.

Sebagai respon kepada teguran peminat, Sakinah menjawab ringkas "Ikut suka hati saya" menerusi laman sosial.

Pada penulis, jawapan yang diberikan memang kurang cerdik dan hanya memakan diri sendiri. Dalam perniagaan tindakan meletakkan tagline sebegitu tidak mungkin dapat membantu melariskan jualan malah hanya akan membuat pembeli rimas.

Mungkin Sakinah meletakkan kalangan generasi sebaya atau lebih muda dan berfikiran terbuka sebagai kumpulan sasarannya. Sebab menurut Sakinah hanya orang yang berfikiran kolot sahaja yang akan menentang usahanya.

Tetapi Sakinah kena fikir juga tentang kedudukan Sakinah sebagai orang dikenali dan menjadi pujaan ramai.

Sedikit sebanyak mungkin ada yang kurang senang apabila Sakinah menggunakan tagline seperti Cantik Tak Bontot Saya dan Jogging Sampai Kentut untuk dicetak di T-shirt yang bakal dijualnya itu.

0 Response to ""Ikut suka hati saya" - Sakinah jawab Isu Cantik Tak Bontot Saya"

Catat Ulasan

dzulCYBER